
Kandungan buku ini terlalu mengagungkan anjing-anjing perang George W. Bush dalam usaha menghancurkan Taliban dan rangkaian al-Qaeda Osama Bin Laden. Fakta-fakta serta keberanian pasukan khas yang dikenali sebagai Special Forces terlalu diangkat tinggi demi maruah ketua pengganas dunia George W. Bush.
Terdapat juga pernyataan yang menghina Islam seperti “Mungkin Allah sudah kehabisan bidadari di syurga” dengan terbunuhnya askar-askar Taliban dan al-Qaeda.
Kerajaan Taliban di Afganistan yang sementara itu mungkin sedikit sebanyak tidak menggambarkan pemerintahan Islam yang sebenar. Juga beberapa tindakan al-Qaeda mungkin tidak tepat dalam pelaksanaannya memerangi kepentingan dan tali barut
Walaupun begitu, gendang perang yang dipalu oleh George W. Bush ternyata amat salah. Ini justeru kerana bekas presiden Amerika Syarikat itu terlalu dirasuk dan taksub dengan dendam kesumat terhadap dunia Islam. Bagi Bush, Islam itu terroris dan terroris itu Islam. Padahal dia mabuk kuasa dan gila dengan wacananya.
George W. Bush ialah bapa terroris yang maha gila dan penegak kezaliman
Walaupun demikian, jangan pula buku ini diharamkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya masih belum habis membacanya.
Berkaitan:
Who’s the “real” George Herbert Walker Bush?
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
0 comments:
Post a Comment