Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pertama kali aku dengar lagu ini semasa di Majlis Keraian, Kesyukuran dan Menyambut Aidiladha anjuran Pakatan Tanam Sawit Sendiri Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut pada 30 November 2009 (klik di sini untuk melihat majlis tersebut). Liriknya memang menyentuh kalbu aku, dan aku suka iramanya.

Jom berhibur sambil mengingati akan mati. Kita semua ke sana.
Lagu kedua ialah Aku Cinta Allah. Terima kasih kepada sahabat yang menyediakan video ini.

Pada hari Sabtu lalu, aku mahu nyanyi lagu ini bersama set karaoke di suatu majlis, tetapi malang sahabat yang menyediakan set hiburan tersebut tiada lagu taubat oleh Wali Band.



Sekali fikir, ada juga baiknya kejadian serangan celaka dan bacul TERRORIS ISRAEL terhadap kapal misi menghentikan kepungan Gaza baru-baru ini. Para syuhada rakyat Islam Turki yang dibunuh secara kejam oleh komando TERRORIS ISRAEL telah membuka mata negara-negara Eropah yang selama ini memandang sebelah mata sahaja terhadap kekejaman TERRORIS DUNIA itu terhadap Palestin dan warganya. Moga pengorbanan syuhada tersebut akan memberikan satu impak baru.

Tidak usah dipandang kepada Amerika Syarikat (AS). Presiden Barack O
bama yang melaungkan perubahan dalam politik AS dan pendekatan bersahabat dengan dunia Islam, saya kira, buat setakat ini hanyalah retorik untuk menang pilihanraya presiden sahaja. Nampak kelibat Rumah Putih masih mengekalkan banyak polisi luar yang dipenakan oleh pemuka TERRORIS Bush anak dan bapa.

Masyarakat dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekian lama menjadi pak turut kepada telunjuk AS dalam membela TERRORIS ISRAEL. Apa sahaja tindak balas Hamas dan gelombang Intifada rakyat Palestin dikatakan gerakan terroris. Semua salah di mata TERRORIS ISRAEL dan AS. Yang benar dan maha betul ialah TERRORIS ISRAEL sahaja. Orang lain semua salah!

Secara umumnya bangsa Yahudi tidak boleh dipersalahkan dalam serangan baru-baru ini. Yang salah dan bersikap TERRORIS ialah Zionis Israel ataupun pertubuhan Zionis Yahudi. Zionis ini jugalah yang menyerap fahaman TERRORIS dan membunuh beramai-ramai umat Palestin sejak dahulu lagi. Ingat peristiwa Sabra dan Syatila pada 16 Sept. 1982 (3 hari), dan operasi Cast Lead selama 22 hari di Gaza bermula pada 27 Dis. 2008 lalu? TERRORIS ISRAEL secara membabi buta membunuh rakyat Palestin terdiri daripada lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Berapa ribu yang syahid dalam kedua-dua episod keganasan TERRORIS ISRAEL tersebut? Saudara carilah infonya.


The Turkish president has said that Israel's military raid on civilian aid ships bound for the Gaza Strip has caused "irreparable" damage to his country's relations with Israel, and will "never" be forgiven.

"From now on, Turkish-Israeli ties will never be the same. This incident has left an irreparable and deep scar," Abdullah Gul said in a televised speech on Thursday (3 June 2010), as thousands gathered in the streets of Istanbul to pay their respects to the humanitarian activists killed during the raid. (Source: Al-Jazeera)

Perkembangan selanjutnya memang amat menarik untuk diketahui. Aku yakin sedikit sebanyak kejadian anasir terroris Zionis Israel ini akan mengubah lanskap geo-politik di Eropah dan Timur Tengah. Aku yakin Turki akan mengambil langkah drastik.



Bukti semakin muncul di permukaan kebenaran. Bukti dari pemberita al-Jazeera Ayman Mohyeldin di Gaza menyatakan:
They were called "terrorists and al-Qaeda sympathisers"... they were "armed and had planned a premeditated attack"... and finally hours after waiting in the sun to see the evidence, Israel said it would take the media inside the Ashdod port and let us see the cargo carried aboard the Freedom Flotilla.

These are some of the images (captured with my cell phone) of what I saw... children toys, medicines, text books, wheel chairs and much more... not exactly a list of contraband posing a risk to Israel's security as it has claimed, is it?


But the biggest irony in this tragedy is not just that the "weapons" Israel claims were on board have not yet materialised or been shown to the media, its that the aid, which Israel says Gaza does not need, and the aid which was on board the flotilla heading to Gaza and prevented by Israel from reaching its shores is now being delivered to Gaza by Israel as quickly as possible.

Klik di sini untuk melihat gambar 'senjata' yang pihak Israel katakan!
Aku katakan bahawa presiden Amerika Syarikat Barack Obama pengecut! Sampai saat ini tiada apa yang presiden AS itu nyatakan secara tuntas terhadap tindakan terroris Israel mengganasi delegasi kapal-kapal misi kemanusiaan ke Gaza. Barack Obama nyata kelihatan tidak mahu mengutuk atau mengambil pendirian jitu terhadap negara haram jadah Israel tersebut.

Obama takut dan pengecut. Khabarnya masih menunggu hasil siasatan. Khabarnya juga AS mahu supaya tragedi itu disiasat oleh kerajaan Israel sendiri. Bangangkah atau apa? Sudahlah terroris Israel mengganas di atas kapal dan membunuh sebilangan insan serta memukul semua orang di atas kapal Mavi Marmara, dia orang juga yang harus menyiasat. Sudah barang tentu maha tidak adil nanti hasilnya.

Pihak tentera, kerajaan dan jurucakap Israel tetap berkata bahawa tindakan pembunuhan itu adalah satu tindakan mempertahankan diri. Pihak Israel asyik-asyik menayangkan video yang sama dan dari sebelah pihak dia orang sahaja. Bukti-bukti lain yang dirakam oleh kamera dan video semua penggiat keamanan yang berada dalam kapal Mavi Marmara disita atau dimusnahkan serta-merta. Apakah jadahnya?

Itu yang Barack Obama tunggu? Kau memang pengecut, Barack Obama!!
Mahu ke mana, Obama? Harapan apa yang ingin digapai?

Dengar cerita kemungkinan Turki akan mengambil tindakan militer terhadap Israel. Perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pada malam Rabu (2 Mei 2010) mengadakan pertemuan kecil dengan dewan nasional Turki. Pertemuan tersebut juga dihadiri oleh ketua staf angkatan bersenjata, panglima angkatan perang dan sejumlah menteri di kabinet pemerintahan Turki untuk membahas langkah-langkah taktikal yang mungkin diambil terhadap rejim Zionis Israel.


Perkembangan selanjutnya memang amat menarik untuk diketahui. Aku yakin sedikit sebanyak kejadian anasir terroris Zionis Israel ini akan mengubah lanskap geo-politik di Eropah dan Timur Tengah. Aku yakin Turki akan mengambil langkah drastik.

Berkaitan: Wartawan Press TV: Israel Sengaja Tembak Kepala Aktivis Kemanusiaan
Flotilla Gaza: Israel tidak akan menang perang ini

PM Turki Recep Tayyip Erdogan mengamuk terhadap tindakan Israel laknat

Evidence belies Israeli claim
Saya mewakili kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, ahli NGO, petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.


Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangk
at ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.


Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka.


Ekoran kefahaman ses
at seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.

Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu kuliah pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu. Disebabkan kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Pihak kerajaan negeri juga akan mengadakan solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).


-- Dikeluarkan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim, 19 Jamadilakhir 1431 (2 Jun 2010)

Berkaitan:
Israel negara barbarik dan pemimpin/askar adalah TERRORIS
Israel is THE TERRORIST and AN AXIS OF EVIL!!!

Ya, Israel sebuah negara haram. Sebuah negara barbarik dan pemimpin serta askarnya yang takut mati itu merupakan paksi kejahatan dan terroris dunia. Dari mula penubuhan Israel sehingga sekarang, mereka tidak pernah berjalan atas paksi keamanan dan kemanusian sejagat. Pemimpin, penggerak Yahudi Zionis, perisik (Mossad) dan askar mereka adalah terroris Islam dan dunia. Tiada modus operandi lain untuk mencapai apa yang mereka idamkan selain dari membunuh.
Jadi salahkah pejuang seperti Hamas, Hi
zbullah, Briged al-Qassam, Briged al-Aqsa, Fatah dan lain-lain kumpulan di Palestin dan Lebanon bangkit menentang terroris Israel tersebut? Kalau boleh dikatakan, kumpulan pejuang itulah yang berjaya menyekat dan menakutkan Yahudi Zio
nis dan rangkaian terroris Israel. Askar dan komando negara haram Israel amat takut mati, hinggakan balingan seketul batu pun mereka gentar!

Maka sudah terang bahawa Israel tidak akan berunding. Perjanjian demi perjanjian dimeterai. Tetapi mereka juga yang mula-mula merobek-robek perjanjian tersebut, seperti mana mereka merobek-robek hati dan tubuh badan manusia lain, khususnya rakyat Islam Palestin.
Apa yang umat Islam ada? Perang sahaja dengan Israel laknat itu! Israel laknat hanya takut dengan senjata, walaupun seketul batu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The People’s Justice Party (KEADILAN) strongly condemns the unwarranted Israeli commando attack on a ship bearing humanitarian aid for Gaza, which has quite unnecessarily and unjustifiably resulted in the tragic loss of many innocent lives.


The ship had not committed any hostile act and was still in international waters and, as such, the Israeli authorities had no right to board the ship. Their excuse that those on board the ship were the first to attack is an insult to intelligence, since their boarding of the ship was in itself
an act of aggression and it was those on board who had every right to defend themselves.

This incident is yet another example of Israel resorting to extreme and shocking brutality in reaction to an act which the Israeli authorities are alone in seeing as a threat to their sovereignty.

We are deeply disappointed with the failure of some countries to condemn this blatant act of violence, including the US which only expressed “deep regret” and the UK, Canada and Australia which have been entirely silent. These governments have signally failed to reflect the feelings of the majority of their own citizens.

It is time for the entire international community to be put its full weight behind an effort to coerce Israel to fall in line and adhere to universal norms of human rights as well as implement all United Nations resolutions related to Palestine.

--- Issued by Mustaffa Kamil Ayub, chairman, International Bureau People’s Justice Party (PKR)

Di bawah adalah kenyataan syaitan Binyamin Netanyahu menghalalkan tindakan komando negara haram Israel tersebut, dilaporkan oleh al-Jazeera. Pastinya unit risikan Israel haram jadah ini bodoh sekiranya mengatakan kapal bantuan kemanusiaan itu membawa pelbagai senjata. Atau memang menjadi tindakan biasa untuk memberi alasan yang bangang!
Israel said activists on board attacked its commandos as they boarded the ships, while the flotilla's organisers said the Israeli forces opened fire first, as soon as they stormed the convoy.

Binyamin Netanyahu, the Israeli prime minister, gave his "full backing" to the military forces after the raid, which he said "was to prevent the infiltration of thousands of rockets, missiles and other arms that could hit our cities, communities or people".

"I give my complete backing to the army, the soldiers and commanders who acted to defend the state and to protect their lives." He also said Israel regretted the loss of life in the raid.
Tindakan terroris Israel wajib dikutuk dan kerajaan seluruh dunia mengambil tindakan terhadap negara haram itu. Kerajaan Malaysia mesti sampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO yang dikaitkan dengan negara haram Israel.

The names of the dead are not yet known. The flotilla passengers included retired US diplomats Amb. Edward Peck and Col. Ann Wright as well as humanitarian aid and human rights workers, several Members of Parliament from Ireland, Germany, Sweden, Turkey, Malaysia, and Palestinian Members of the Knesset. (Source: The Electronic Intifada)

Terdapat 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi Malaysia masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak.




Semasa penyerahan memorandum bantahan di kedutaan Amerika Syarikat hari ini (1 Jun), Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut.

Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.

Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.


Related:
Pergi jahanam dengan Israel laknat! (video)

Israel defending the indefensible

Gaza's real humanitarian crisis

Action alert: Call your governments, demonstrate support for Freedom Flotilla

Israel is THE TERRORIST and AN AXIS OF EVIL!!!
Khaibar Khaibar Ya Yahud!

SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH - MOGA ALLAH HANCURKAN YAHUDI
Tindakan lebih tegas ke atas Israel - Presiden PAS

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top