Saya sekeluarga kembali lagi ke perkampungan Felda di mana gemulah ayah dan emak pernah bermastautin di sana selama 30 tahun. Semua anak, menantu dan cucu aruah orang tua saya berkumpul di rumah itu untuk mengembalikan kemeriahan keraian Aidil Fitri dan Aidil Adha bersama.
Paling awal tiba ialah adik saya yang mengajar di Melaka, di samping adik bongsu yang sedia menunggu kami sebelum Aidil Adha lagi. Keluarga kedua tiba ialah adik saya yang bekerja di Putrajaya. Saya sekeluarga merupakan kumpulan ketiga tiba pada senja Aidil Adha ke-2, 28 November 2009. Akhirnya adik perempuan bersama suami dari Rantau Panjang, Kelantan tiba petang Aidil Adha ketiga, bersama gerembolan anak-anaknya.
Riuh rendahlah rumah yang agak lama kaku tanpa penghuni itu. Budak-budak berlari-larian di laman utama rumah, bermain air di ruang mandi yang besar dan sebelah malam, apa lagi, bunyi mercun dan percikan bunga api menggegar suasana.
Pada 30 November saya berkesempatan menghadiri satu majlis keraian Aidil Adha yang dianjurkan oleh Pakatan Tanam Sendiri Sawit Felda K. G. Satu. Khabar majlis ini akan diadakan sudah saya terima dari Pak Su Yusuf, jiran sebelah rumah, dua hari sebelumnya.
Semua aktiviti dilakukan secara gotong royong, terutamanya di kalangan peneroka yang menanam atau mengusahakan sendiri ladang kelapa sawit setelah memperoleh hak milik.
Saya berkesempatan berjumpa dan bersalaman dengan beberapa rakan aruah ayah di majlis itu. Salah seorangnya ialah Pak Cik Aziz (Pak Aziz) yang merupakan seorang peniaga yang berjaya di Kota Gelanggi Satu. Pak Aziz adalah antara peneroka yang berfikiran terbuka dalam banyak isu.
Semasa berjumpa dengan beliau, Pak Aziz berkata “Pergilah ke blog Pak Aziz.” Kami pun bertukar alamat blog. Rupa-rupanya Pak Aziz aktif berblog. Bukan satu blog, malah setakat yang saya tahu, beliau ada tiga blog. Wah, tahniah!
Gambar-gambar majlis keraiain Aidil Adha yang disiarkan di sini saya ambil daripada salah satu blog Pak Aziz, blog LKTP1463.
Berkaitan: April dan Mei 2009 yang berbezaPaling awal tiba ialah adik saya yang mengajar di Melaka, di samping adik bongsu yang sedia menunggu kami sebelum Aidil Adha lagi. Keluarga kedua tiba ialah adik saya yang bekerja di Putrajaya. Saya sekeluarga merupakan kumpulan ketiga tiba pada senja Aidil Adha ke-2, 28 November 2009. Akhirnya adik perempuan bersama suami dari Rantau Panjang, Kelantan tiba petang Aidil Adha ketiga, bersama gerembolan anak-anaknya.
Riuh rendahlah rumah yang agak lama kaku tanpa penghuni itu. Budak-budak berlari-larian di laman utama rumah, bermain air di ruang mandi yang besar dan sebelah malam, apa lagi, bunyi mercun dan percikan bunga api menggegar suasana.
Pada 30 November saya berkesempatan menghadiri satu majlis keraian Aidil Adha yang dianjurkan oleh Pakatan Tanam Sendiri Sawit Felda K. G. Satu. Khabar majlis ini akan diadakan sudah saya terima dari Pak Su Yusuf, jiran sebelah rumah, dua hari sebelumnya.
Semua aktiviti dilakukan secara gotong royong, terutamanya di kalangan peneroka yang menanam atau mengusahakan sendiri ladang kelapa sawit setelah memperoleh hak milik.
Saya berkesempatan berjumpa dan bersalaman dengan beberapa rakan aruah ayah di majlis itu. Salah seorangnya ialah Pak Cik Aziz (Pak Aziz) yang merupakan seorang peniaga yang berjaya di Kota Gelanggi Satu. Pak Aziz adalah antara peneroka yang berfikiran terbuka dalam banyak isu.
Semasa berjumpa dengan beliau, Pak Aziz berkata “Pergilah ke blog Pak Aziz.” Kami pun bertukar alamat blog. Rupa-rupanya Pak Aziz aktif berblog. Bukan satu blog, malah setakat yang saya tahu, beliau ada tiga blog. Wah, tahniah!
Gambar-gambar majlis keraiain Aidil Adha yang disiarkan di sini saya ambil daripada salah satu blog Pak Aziz, blog LKTP1463.
Kembali ke rumah warisan aruah orang tua, bawa balik buah-buahan
Solat malam terakhir Ramadhan 1429H
Felda kaut keuntungan berlipat ganda, tetapi generasi kedua diabaikan
Dari Pahang sarat cinta: Mat Kilau, kepahlawananmu meruntun hatiku
0 comments:
Post a Comment