Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sekali fikir, ada juga baiknya kejadian serangan celaka dan bacul TERRORIS ISRAEL terhadap kapal misi menghentikan kepungan Gaza baru-baru ini. Para syuhada rakyat Islam Turki yang dibunuh secara kejam oleh komando TERRORIS ISRAEL telah membuka mata negara-negara Eropah yang selama ini memandang sebelah mata sahaja terhadap kekejaman TERRORIS DUNIA itu terhadap Palestin dan warganya. Moga pengorbanan syuhada tersebut akan memberikan satu impak baru.

Tidak usah dipandang kepada Amerika Syarikat (AS). Presiden Barack O
bama yang melaungkan perubahan dalam politik AS dan pendekatan bersahabat dengan dunia Islam, saya kira, buat setakat ini hanyalah retorik untuk menang pilihanraya presiden sahaja. Nampak kelibat Rumah Putih masih mengekalkan banyak polisi luar yang dipenakan oleh pemuka TERRORIS Bush anak dan bapa.

Masyarakat dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekian lama menjadi pak turut kepada telunjuk AS dalam membela TERRORIS ISRAEL. Apa sahaja tindak balas Hamas dan gelombang Intifada rakyat Palestin dikatakan gerakan terroris. Semua salah di mata TERRORIS ISRAEL dan AS. Yang benar dan maha betul ialah TERRORIS ISRAEL sahaja. Orang lain semua salah!

Secara umumnya bangsa Yahudi tidak boleh dipersalahkan dalam serangan baru-baru ini. Yang salah dan bersikap TERRORIS ialah Zionis Israel ataupun pertubuhan Zionis Yahudi. Zionis ini jugalah yang menyerap fahaman TERRORIS dan membunuh beramai-ramai umat Palestin sejak dahulu lagi. Ingat peristiwa Sabra dan Syatila pada 16 Sept. 1982 (3 hari), dan operasi Cast Lead selama 22 hari di Gaza bermula pada 27 Dis. 2008 lalu? TERRORIS ISRAEL secara membabi buta membunuh rakyat Palestin terdiri daripada lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak. Berapa ribu yang syahid dalam kedua-dua episod keganasan TERRORIS ISRAEL tersebut? Saudara carilah infonya.

Sejarah perjuangan jihad, cintakan seni kematian menjadi obor di sepanjang sejarah Palestin. Setiap kali saya membaca atau menonton kisah dan tragedi berkaitan umat Palestin, hati saya terhiris bagai ditusuk sembilu. Memang Yahudi Israel dengan fahaman Zionisnya merupakan TERRORIS DUNIA!

Dari mula penubuhan Israel sehingga sekarang, mereka tidak pernah berjalan atas paksi keamanan dan kemanusian sejagat. Pemimpin, penggerak Zionis Yahudi, perisik (Mossad) dan askar mereka adalah terroris Islam dan dunia. Tiada modus operandi lain untuk mencapai apa yang mereka idamkan selain dari membunuh.

Jadi salahkah pejuang seperti Hamas, Hizbullah, Briged al-Qassam, Briged al-Aqsa, Fatah dan lain-lain kumpulan di Palestin dan Lebanon bangkit menentang TERRORIS ISRAEL tersebut? Kalau boleh dikatakan, kumpulan pejuang itulah yang berjaya menyekat dan menakutkan Zionis Yahudi dan rangkaian TERRORIS ISRAEL. Askar dan komando negara haram Israel amat takut mati, hinggakan balingan seketul batu pun mereka gentar!

Saya dapat merasakan kerajaan Mesir termalu sendiri dengan serangan TERRORIS ISRAEL terhadap kapal Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 tersebut. Namun begitu, tindakan membuka pintu laluan darat Rafah sudah terlambat. Sudah sekian lama kerajaan taghut Mesir menjadi sahabat sebantal TERRORIS ISRAEL seperti AS.

Akibat serangan itu juga, saya lihat Turki semakin garang. Khabarnya kemungkinan Turki akan mengambil tindakan militer terhadap Israel. Perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (foto kanan) pada malam Rabu (2 Mei 2010) mengadakan pertemuan kecil dengan dewan nasional Turki. Pertemuan tersebut juga dihadiri oleh ketua staf angkatan bersenjata, panglima angkatan perang dan sejumlah menteri di kabinet pemerintahan Turki untuk membahas langkah-langkah taktikal yang mungkin diambil terhadap rejim Zionis Israel.

Sudah lama sangat kerajaan Turki sebelum ini menjadi sahabat dan melaksanakan hubungan perdagangan dengan TERRORIS ISRAEL berjumlah berbilion dolar AS setiap tahun. Namun natijah serangan dan kematian rakyatnya membuka hati para pemimpin Turki yang diketahui oleh Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Sebaik sahaja mendapat berita serangan tersebut, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan terus mengamuk. Dia berkata, Israel should be punished for its bloody massacre”. Dia juga memberi amaran supaya Israel jangan cuba menguji kesabaran Turki (baca sini untuk berita penuh.).
"The bloody massacre Israel carried out against ships carrying aid to Gaza deserves condemnation. The insolent, irresponsible and impudent attack by Israel, which went against law and trampled human honor underfoot, must definitely be punished. Nobody should test Turkey's patience.”
Presiden Turki Abdullah Gul pula berkata tiada maaf bagimu! Katanya, “From now on, Turkish-Israeli ties will never be the same. This incident has left an irreparable and deep scar.” Beliau berkata demikian di hadapan puluhan ribu rakyat Turki yang menziarahi jenazah para syuhada yang baru tiba.

Pada hemat saya, reaksi Israel terhadap misi bantuan Gaza bukan hanya sebagai tindakan keangkuhan. Ia juga sebagai manifestasi ketakutan dan kelemahan bersemuka dengan gelombang kempen sivik warga Palestin dan masyarakat antarabangsa.
TERRORIS ISRAEL mula mengakui kesan solidariti dunia ini melalui kesanggupan negara haram itu mencurahkan wang dan tenaga bagi melawan kempen yang ia sebutkan bermatlamatkan untuk tidak mengesahkan kewujudan Israel. Namun banyak tindakan TERRORIS ISRAEL, seperti serangan ke atas kapal bantuan Gaza, hanya menebalkan cop mohor bahawa negara Israel terlibat dalam tindakan haram dan keganasan di kawasan yang didudukinya (dirampas dari rakyat Palestin!).

Apa pula tindakan drastik rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia (baca UMNO/BN)? Sehari sebelum diadakan perhimpunan dan perarakan membantah kekejaman TERRORIS ISRAEL, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dipetik Bernama sebagai berkata, "Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan.”

Lapor Bernama lagi, “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat ini bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.”

Mengapa begitu kenyataan polis? Dikatakan pula “mendatangkan unsur keganasan.” Saya tidak faham dan malas mahu faham. Saudara faham-fahamlah sendiri!

Walaupun begitu, saya ucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddn kerana mengetuai kira-kira 200 orang yang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat lepas (4 Jun 2010). Walaupun berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri puluhan ribu penyokong, ia tetap patut diberi penghargaan. Perhimpunan di Masjid Negara itu berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.

Pastinya perarak
an anti-Israel diketuai oleh Pakatan Rakyat yang menuju ke kedutaan Amerika Syarikat lebih meriah. Dianggarkan lebih 50 ribu orang berarak ke sana.

Timbalan Presiden P
AS Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan kepada Amerika Syarikat berhubung tindakan kejam Israel Zionis. Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu. Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (SYAITAN NETANYAHU!!).

Dalam ucapannya Anwar Ibrahim berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel. "Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar. Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.

"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya. Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi bin Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam. Saya petik hujah penuh presiden PAS ini seperti dilaporkan oleh Harakahdaily. Buka mata hati kita, insyaAllah. Itulah doktrin Zionis Yahudi!
Beliau berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya. Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel. Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.

Beliau juga menjelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi. Ekoran itu, katanya, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia. “Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

“Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT,” tegasnya. (Sumber: Harakahdaily)
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam siaran akhbarnya berkata, "Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka."
"Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini."
Akhirnya untuk sahabat-sahabat, saya titipkan apakah doktrin Zionis Yahudi lainnya, selain yang diterangkan oleh TG Hj. Hadi di atas.

Antara perkara jahanam yang terangnya seterang pancaran mentari di kemuncak langit ialah protokol pertama Zionis yang memaktubkan bahawa perlunya melakukan kegiatan TERRORISME material dan spritual terhadap semua bangsa bukan-Yahudi. Protokol tersebut merangkumi usaha-usaha Zionis supaya kaum Yahudi dapat menguasai dunia dan memonopoli setiap sumber bagi menguatkan kedudukan dan membantu merealisasikan tujuan besar mereka.

Ketahuilah saudara bahawa keganasan atau anasir terroris adalah anak kandung Zionis! Kajilah kitab Taurat (yang sudah dipesong oleh Yahudi) yang banyak mengandungi dakyah dan ajaran supaya melaksanakan elemen terroris dan menghancurkan seluruh manusia selain Yahudi.

Dalam bidang sastera, protokol Yahudi Zionis memaktubkan: “Kita telah menyebarluaskan sastera yang sakit lagi keji. Jadikan sastera sebagai tunjang kebejatan nafsu di setiap negara besar yang mempunyai kepimpinannya sendiri.”

Zionis Yahudi adalah punca diskriminasi kaum, penghapusan etnik dan pembinasaan manusia. Doktrin mereka mencacak teguh asas pendustaan dan egoistik. Zahirnya bersinar, tetapi batinnya gelap dan hina. Ringkasnya segala kehinaan dan keganasan sama ada yang lampau dan kini, di hadapan atau di belakang adalah berpunca dari Yahudi Zionis. Betapa tidak, bukankah kitab Taurat yang sudah diselewengkan itu (bukan lagi ajaran Nabi Musa) adalah punca kepada elemen teroris.

Berkaitan:
Anasir teroris adalah anak kandung Zionis

*** Saya Web Sutera, penyedia perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis halal. InsyaAllah, harga dan pakej boleh dirunding dengan variasi masakan dan sajian Melayu, Cina, India dan Barat. Pengalaman saya selama 4 tahun dalam bidang ini. Saya juga menyediakan servis layanan VIP/VVIP dengan harga yang berpatutan. Hubungi saya di sini.

2 comments:

Web Sutera said...

Fakta tambahan. Saya tidak pasti bila ini dilaksanakan oleh kerajaan Hosni Mubarak Mesir. Mesir sanggup menanam kepingan keluli ke dalam tanah di sempadan Mesir-Gaza bagi mempastikan kegiatan "penyeludupan" oleh rakyat Palestin melalui terowong bawah tanah gagal. Di hujung terowong ada halangan kepingan tebal keluli yang amat sukar untuk dimusnahkan (maklumlah keluli!).

Kerajaan Mesir bersekongkol dengan rejim TERRORIS ZIONIS bagi terus mengagalkan apa sahaja usaha umat Palestin untuk hidup!

Web Sutera said...

Ini dia berita berkenaan:

Gaza border: Why Egypt is building a steel underground wall

Reports from the Gaza border say that Egypt is building an underground wall as deep as 100 feet to stem smuggling in Hamas-controlled tunnels. But there are broader goals, too.

Heavy machinery operates on the Egyptian side of the border between the southern Gaza Strip, right, and Egypt, left, as seen from Rafah, Thursday. Egypt has been digging trenches and installing metal sheets underground along its border with Gaza in an apparent attempt to curb smuggling into the Palestinian territory through tunnels, Gaza border guards and area residents said Thursday.

Reports that Egypt is building a steel underground wall along its border with the Hamas-run Gaza Strip have fueled speculation about what exactly Cairo intends to accomplish with the project, which British newspapers claim is being carried out with the help of the US Army Corps of Engineers.

The immediate objective is obvious: to severely disrupt the flourishing smuggling trade carried out in an extensive subterranean network of tunnels under the border. The smugglers provide everything from food to weapons for Gazans, who are largely cut off from the outside world due to an Israeli blockade.

Analysts disagree, however, about Egypt’s broader goals, which appear contradictory and are obscured by the fact that Cairo has yet to acknowledge the existence of the project. But it appears that Egypt is trying to strike a balance between remaining a key ally of the US while at the same time shoring up its position as an influential player in a neighborhood that often views Washington unfavorably.

“Egypt is walking a tightrope between its commitments to Arabs and directly to the Palestinian cause and at the same time its commitment to enhancing international security,” says Gamal Soltan, political analyst at the Al-Ahram Center in Cairo, a government-funded think tank.

But constructing a wall is a significant departure from the mere rhetoric Egypt has used to exert pressure in the past. This time, Egypt’s balancing act might backfire, especially given that fact that the Arab world was highly critical of Egypt for closing the Rafah border during the Israeli incursion on Gaza last year and cooperating with Israel on the economic blockade.

“You have operation Cast Lead basically flattening Gaza and Operation ‘Metal Wall’ on the Egyptian side strangling the Gazan population even further. These are impressions and perceptions that the Egyptian government does not need,” says Adel Iskandar, professor of media and communications at Georgetown University in Washington.
-- By Sarah A. Topol Contributor / December 14, 2009
Cairo
Source: http://www.defence.pk/forums/world-affairs/41141-egypt-starts-building-steel-wall-gaza-strip-border.html


Photobucket
top