6 Ramadhan 1431 H - Kisah hidup manusia teragung sepanjang zaman, Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam), memang wajib dibaca, diketahui dan diambil endah oleh semua umat Islam. Kedapatan banyak buku yang menceritakan sirah insan mulia kekasih Allah ini, dari yang berpuluh jilid sehingga ke sebuah buku yang ketebalannya hanya 100 halaman.
Matlamat penulisan buku-buku sirah Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) tersebut, insyaAllah, saya yakin bahawa demi kebaikan manusia sejagat.
Orang-orang Islam mengakui akan kerasulan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Orang-orang bukan Islam pula mengakui Muhammad adalah seorang manusia luar biasa yang hadir di wajah dunia sebagai pemimpin umat Islam di tanah Arab yang kering kontang.
Di kalangan pembenci Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) juga mengakui kehebatan dirinya dan dia merupakan manusia pilihan Tuhan untuk memimpin dunia yang gelap sewaktu dahulu.
Sejarah dunia Islam dan dunia bukan Islam banyak merakamkan kisah-kisah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), zamannya dan zaman selepasnya. Hanya orang-orang yang berniat jahat sahaja yang selalu menyelewengkan kisah hidup Muhammad bin Abdullah dengan penceritaan dan pendapat yang tidak bersandarkan kebenaran dan hanya berpaksi kepada niat untuk memusnahkan Islam.
Membaca kisah hidup menerusi buku Biografi Muhammad bin Abdullah terbitan PTS merupakan satu aktiviti yang tidak menjemukan bagi saya. Walaupun sudah banyak buku sirah yang memberikan sorotan berbeza ditelaah, namun buku ini pula ternyata begitu menceriakan.
Justeru itu, matlamat PTS yang dikatakan ‘buku ini ditujukan untuk bacaan non-Muslim dan orang-orang yang ingin memahami Islam”, saya kira tidak berapa tepat. Memang benar, dengan ayat-ayat yang moden dan menggunakan teknik bercerita, semua golongan sasaran; Muslim, non-Muslim, orang dewasa, orang kampung, dan kanak-kanak; boleh memanfaatkan buku ini.
Antara sorotan yang boleh diambil iktibar dari buku ini ialah Islam menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini, saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya naik. Sebab itu ilmu adalah penting. Dengan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), insan terpimpin akan tetap kembali ke pangkuan kebenaran.
Walaupun terdapat banyak buku dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan Inggeris dalam pasaran yang menumpukan kepada kehidupan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), membaca Biografi Muhammad bin Abdullah ini akan membuka minda bagi meneliti sirah yang lebih terperinci, insyaAllah.
Tambahan: Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?
Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih. (Dipetik dari Harakahdaily )
Wahai junjungan Rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang membetulkan Jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan
Namun sirahmu terus menyinar merentas era dan zaman
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah
Matlamat penulisan buku-buku sirah Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) tersebut, insyaAllah, saya yakin bahawa demi kebaikan manusia sejagat.
Orang-orang Islam mengakui akan kerasulan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam). Orang-orang bukan Islam pula mengakui Muhammad adalah seorang manusia luar biasa yang hadir di wajah dunia sebagai pemimpin umat Islam di tanah Arab yang kering kontang.
Di kalangan pembenci Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam) juga mengakui kehebatan dirinya dan dia merupakan manusia pilihan Tuhan untuk memimpin dunia yang gelap sewaktu dahulu.
Sejarah dunia Islam dan dunia bukan Islam banyak merakamkan kisah-kisah Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), zamannya dan zaman selepasnya. Hanya orang-orang yang berniat jahat sahaja yang selalu menyelewengkan kisah hidup Muhammad bin Abdullah dengan penceritaan dan pendapat yang tidak bersandarkan kebenaran dan hanya berpaksi kepada niat untuk memusnahkan Islam.
Membaca kisah hidup menerusi buku Biografi Muhammad bin Abdullah terbitan PTS merupakan satu aktiviti yang tidak menjemukan bagi saya. Walaupun sudah banyak buku sirah yang memberikan sorotan berbeza ditelaah, namun buku ini pula ternyata begitu menceriakan.
Justeru itu, matlamat PTS yang dikatakan ‘buku ini ditujukan untuk bacaan non-Muslim dan orang-orang yang ingin memahami Islam”, saya kira tidak berapa tepat. Memang benar, dengan ayat-ayat yang moden dan menggunakan teknik bercerita, semua golongan sasaran; Muslim, non-Muslim, orang dewasa, orang kampung, dan kanak-kanak; boleh memanfaatkan buku ini.
Antara sorotan yang boleh diambil iktibar dari buku ini ialah Islam menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini, saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya naik. Sebab itu ilmu adalah penting. Dengan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), insan terpimpin akan tetap kembali ke pangkuan kebenaran.
Walaupun terdapat banyak buku dalam bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan Inggeris dalam pasaran yang menumpukan kepada kehidupan Nabi Muhammad (Sallallahhu’alaiwasallam), membaca Biografi Muhammad bin Abdullah ini akan membuka minda bagi meneliti sirah yang lebih terperinci, insyaAllah.
Tambahan: Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?
Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih. (Dipetik dari Harakahdaily
Wahai junjungan Rasul yang mulia
engkau manusia pilihan Tuhan
datang membetulkan Jahilliyah;
dunia meratap atas perginya dirimu
yang pasti bagi setiap kehidupan
Namun sirahmu terus menyinar merentas era dan zaman
peribadi yang dipersiapkan megah melintas sejarah
0 comments:
Post a Comment