Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah, Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:

Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah. Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan. Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan.

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan.

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sem
bah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah.

Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Se
langor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021).

Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4) Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme.

Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya.

Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Berkaitan: UMNO-BN, SYABAS dan polis JAHAT! (Video)
Apakah jadahnya gaji CEO SYABAS RM425 ribu sebulan?
Selangor: Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

UMNO-BN dan SYABAS jahat, polis brutal! (Video)

29 Zulhijjah 1431H - Tahun 2010 juga tidak mustahil merupakan tahun terakhir sebelum menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2011. Lantas buku kecil ini saya kira sangat sesuai untuk diterbitkan seterusnya dimiliki oleh semua pihak di dalam menterjemahkan minda seorang Menteri Besar yang sudah 20 tahun menerajui kerajaan negeri.

Dua dekad yang bersih tanpa rasuah dan penyelewengan merupakan satu testimoni yang cukup di dalam mengukuhkan keyakinan rakyat agar beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum akan datang.

Buku Rebah, Bangkit Dan Terus Bangkit ini disusun oleh saudara Ahmad Fadhli Bin Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

** Iklan: Saya menyediakan servis katering untuk semua majlis. Pelbagai sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat boleh disediakan, insyaAllah. Hubungi pih
ak Lusiana Catering untuk maklumat lanjut.

Klik untuk: Kek cawan yang didekor oleh Chef Hana dari Lusiana Catering
dan Menerima tempahan kuih talam dan seri muka
“Di dalam melaksanakan amanah Allah SWT sebagai pentadbir kepada bumi ini, perlulah diingatkan bahawa setiap kerja-kerja pembangunan fizikal tidak akan berguna jika tidak dicantumkan dengan pembangunan jiwa dan rohani. Ayat yang telah saya bacakan di awal ucapan tadi menyentuh bagaimana Allah SWT mendatangkan contoh sebuah negeri yang aman damai dengan pembangunan yang hebat dan pesat, namun negeri tersebut akhirnya dihancurkan oleh Allah SWT ekoran sikap penduduknya yang enggan mensyukuri nikmat Allah SWT.

“Demikianlah al-Quran menceritakan kisah yang begitu banyak berkenaan umat-umat terdahulu yang dihancurkan semata-mata kerana kekufuran mereka kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, apa jua jenis
pembangunan yang dilaksanakan jika mengenepikan aspek rohani, ia tidak lain hanyalah menuruti jejak langkah umat-umat terdahulu yang telah dihancurkan oleh Allah SWT.

“Saya ingin menukilkan istilah yang diguna pakai oleh Syed Qutb rahimahullah di dalam menyifatkan pembangunan seperti ini yang didakwa oleh beliau sebagai tadmirul insan iaitu penghancuran kepada kemanus
iaan. Manusia yang membangunkan negara seperti ini pada hakikatnya menghancurkan negara di dalam keadaan yang tidak mereka sedari. Ini mengingatkan kita kepada firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". "Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya". (Surah Al Baqarah, ayat 11-12)

“Justeru, di dalam membangunkan negeri Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, kita menanam kefahaman di kalangan warga kerja serta rakyat keseluruhannya bahawa segala urusan yang dilakukan di dunia akan berkait rapat dengan hidup selepas kematian iaitu hidup di akhirat.

“Sebagaimana yang sering saya nyatakan, ajaran tentang syurga dan neraka serta dosa dan pahala hanya disebut di dalam Islam.
Ia tidak pernah diajar di dalam mana-mana ajaran yang lain yang dijunjung oleh manusia pada hari ini. Sekular tidak menyebut tentang syurga dan neraka, begitu juga ajaran nasionalis, komunis bahkan semua ajaran-ajaran moden tidak pernah menyebut tentang perkara-perkara ini.

"Hasilnya, kita melihat bagaimana terbentuknya masyarakat yang sekalipun membangun dari sudut fizikalnya, tetapi rohaninya merudum. Budaya rasuah, khianat, pecah amanah, penindasan hak dan sebagainya merebak pula ke dalam masyarakat di dalam bentuk gejala sosial dan kadar jenayah yang semakin meningkat membuktikan bahawa pembangunan fizikal tidak membawa apa-apa erti kepada keamanan dan ketenteraman rakyat.

“Justeru, kita sering mengingatkan bahawa terdapat satu lagi perbicaraan yang perlu dilalui oleh manusia iaitu perbicaraan di mahkamah Allah di Padang Mahsyar. Pada waktu itu, hakim tidak boleh dirasuah, undang-undang tidak boleh dimanipulasi dan keputusan tidak lagi boleh dirayu. Demikianlah keyakinan yang diajar oleh Nabi (Muhammad) SAW kepada para sahabatnya yang hanya wujud di dalam Islam. Sekalipun projek yang dibuat oleh Nabi (Muhammad) sepanjang menerajui Madinah hanyalah sebuah masjid sahaja, tetapi generasi yang dibentuk jiwanya oleh baginda terus menjadi sebutan sepanjang zaman.

“Alhamdulillah, langkah kita di Kelantan ditiru oleh banyak pihak. Cuti dua hari seminggu, perkembangan perbankan Islam, insuran kematian warga emas, keperihatinan terhadap ibu tunggal dan sebagainya semuanya terhasil ekoran dasar Membangun Bersama Islam yang kita perkenalkan.

“Terbaru ialah kewujudan bas khas untuk wanita, saling tidak tumpah dengan langkah kita memperkenalkan kaunter berasingan mengikut jantina di Kota Bharu 20 tahun yang lepas. Bukankah langkah ini disifatkan sebagai mundur, jumud dan pasif? Hari ini terbukti ia ditiru dan diakui berkesan demi menjaga kehormatan golongan wanita. Alhamdulillah segala mulut yang mengata dan lidah yang mengeji dua puluh tahun yang lampau akhirnya terdiam seribu bahasa.”

--- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
26 Zulhijjah 1431H - “Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya", jelas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Nik Abdul Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. “Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh."

YB Lim Kit Siang atau sesiapa pun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Jangan celapak melatah untuk memberi komen dengan kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini. Baca dahulu di sini, kemudian nilai sendiri. Saya tetap menyokong Tuan Guru ini, selamanya.

Perhatikan bahawa kata dasar kenyataan ini ialah ISLAM. Saya bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu. Dalam masa yang sama saya amat bertuah dan beruntung dengan takdir Allah bahawa saya seorang Muslim, dan saya terus berusaha menjadi Melayu-Muslim yang soleh, insyaAllah.

Berkaitan: Kisah, bicara, tinta dan buku Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

TG Nik Abd. Aziz, Lim Guan Eng dan ilmuan generasi al-Quran
Mutiara dua tok guru untuk tatapan umat Islam
Saman akhbar UMNO: Islam UMNO Islam PLASTIK (BUKAN PALESTIN!), Nik Abd Aziz
25 Zulhijjah 1431H - Blog memang banyak digunakan bagi aktiviti bersosial dan berkaitan bisnes. Ada pelbagai sebab ia mudah diterima ramai, terutamanya kerana pelayan dan skrip program blog adalah percuma. Mengikut statistik Blog Herald, setakat bulan Oktober 2005 sahaja, terdapat lebih 100 juta blog di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan lebih 20,000 blog dihasilkan setakat bulan Oktober tahun yang sama.

Saya memulakan akiviti blogging semasa masih lagi bekerja dengan syarikat perkhidmatan Internet, Jaring Communications Sdn Bhd. Setelah meletak jawatan di syarikat tersebut, saya semakin aktif blogging, terutamanya setelah mencebur diri dalam bisnes katering.


Semenjak menceburi bisnes katering, saya gunakan blog sebagai salah satu medium pemasaran dan komunikasi klien perkhidmatan katering. Dalam tempoh sehingga entri ini ditulis, saya sudah menjumpai banyak blog yang menjurus kepada bisnes. Antara yang selalu saya temui ialah blog berkaitan kek, sama ada kek cawan (cupcake) atau jenis kek yang lain.


Ada seorang rakan yang dikenali melalui blog. Namanya ialah Puan Lynn Hassan, lokasi di Sungai Buloh. Beliau pengusaha cupcake; guru mengajar membuat cupcake dan menerima tempahan membuat kek.
Hari Sabtu 26 April 2008 yang lalu, ada majlis di rumahnya dan beliau memesan makanan dari katering saya. Saya dan chef tidak lepaskan peluang untuk merasa aneka kek yang disediakan. Memang sedap!

Saya paparkan beberapa blog berkaitan bisnes kek, sama ada bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Blog-blog ini sama ada merupakan blog klien saya atau/dan pembekal kek terhadap perkhidmatan katering yang saya tawarkan.


(1) Puan Lynn Hassan, Sungai Buluh: Puan Lynn memesan katering saya untuk sambutan hari lahir anaknya, 26 April 2008. Kek pulut di atas disediakan oleh beliau.

(2) Arabi cake, Sungai Buluh, majlis perkahwinan, 1 Jun 2008 (foto kanan).
(Tiada blog, tetapi saya sering memesan kek perkahwinan dari pengusaha ini)

(3) Memori Daun Pisang
. Saya memesan kek untuk katering di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 10 Jun 2008. (Foto ke-2 bawah)

(4) Saya ada sesi katering hari lahir, Cheras, 14 Jun 2008. Kek dibekalkan oleh Puan Syarifah Maznah dari Maze Homemade kepada birthday’s boy and girl. (Foto terakhir di bawah)

Photobucket

Lusiana Catering: Kisah, aktiviti dan suka duka

top