Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

25 Zulhijjah 1431H - Blog memang banyak digunakan bagi aktiviti bersosial dan berkaitan bisnes. Ada pelbagai sebab ia mudah diterima ramai, terutamanya kerana pelayan dan skrip program blog adalah percuma. Mengikut statistik Blog Herald, setakat bulan Oktober 2005 sahaja, terdapat lebih 100 juta blog di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan lebih 20,000 blog dihasilkan setakat bulan Oktober tahun yang sama.

Saya memulakan akiviti blogging semasa masih lagi bekerja dengan syarikat perkhidmatan Internet, Jaring Communications Sdn Bhd. Setelah meletak jawatan di syarikat tersebut, saya semakin aktif blogging, terutamanya setelah mencebur diri dalam bisnes katering.


Semenjak menceburi bisnes katering, saya gunakan blog sebagai salah satu medium pemasaran dan komunikasi klien perkhidmatan katering. Dalam tempoh sehingga entri ini ditulis, saya sudah menjumpai banyak blog yang menjurus kepada bisnes. Antara yang selalu saya temui ialah blog berkaitan kek, sama ada kek cawan (cupcake) atau jenis kek yang lain.


Ada seorang rakan yang dikenali melalui blog. Namanya ialah Puan Lynn Hassan, lokasi di Sungai Buloh. Beliau pengusaha cupcake; guru mengajar membuat cupcake dan menerima tempahan membuat kek.
Hari Sabtu 26 April 2008 yang lalu, ada majlis di rumahnya dan beliau memesan makanan dari katering saya. Saya dan chef tidak lepaskan peluang untuk merasa aneka kek yang disediakan. Memang sedap!

Saya paparkan beberapa blog berkaitan bisnes kek, sama ada bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Blog-blog ini sama ada merupakan blog klien saya atau/dan pembekal kek terhadap perkhidmatan katering yang saya tawarkan.


(1) Puan Lynn Hassan, Sungai Buluh: Puan Lynn memesan katering saya untuk sambutan hari lahir anaknya, 26 April 2008. Kek pulut di atas disediakan oleh beliau.

(2) Arabi cake, Sungai Buluh, majlis perkahwinan, 1 Jun 2008 (foto kanan).
(Tiada blog, tetapi saya sering memesan kek perkahwinan dari pengusaha ini)

(3) Memori Daun Pisang
. Saya memesan kek untuk katering di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, 10 Jun 2008. (Foto ke-2 bawah)

(4) Saya ada sesi katering hari lahir, Cheras, 14 Jun 2008. Kek dibekalkan oleh Puan Syarifah Maznah dari Maze Homemade kepada birthday’s boy and girl. (Foto terakhir di bawah)

Photobucket

0 comments:


Photobucket
top