Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

29 Zulhijjah 1431H - Tahun 2010 juga tidak mustahil merupakan tahun terakhir sebelum menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun 2011. Lantas buku kecil ini saya kira sangat sesuai untuk diterbitkan seterusnya dimiliki oleh semua pihak di dalam menterjemahkan minda seorang Menteri Besar yang sudah 20 tahun menerajui kerajaan negeri.

Dua dekad yang bersih tanpa rasuah dan penyelewengan merupakan satu testimoni yang cukup di dalam mengukuhkan keyakinan rakyat agar beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum akan datang.

Buku Rebah, Bangkit Dan Terus Bangkit ini disusun oleh saudara Ahmad Fadhli Bin Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

** Iklan: Saya menyediakan servis katering untuk semua majlis. Pelbagai sajian masakan Melayu, Cina, India dan Barat boleh disediakan, insyaAllah. Hubungi pih
ak Lusiana Catering untuk maklumat lanjut.

Klik untuk: Kek cawan yang didekor oleh Chef Hana dari Lusiana Catering
dan Menerima tempahan kuih talam dan seri muka
“Di dalam melaksanakan amanah Allah SWT sebagai pentadbir kepada bumi ini, perlulah diingatkan bahawa setiap kerja-kerja pembangunan fizikal tidak akan berguna jika tidak dicantumkan dengan pembangunan jiwa dan rohani. Ayat yang telah saya bacakan di awal ucapan tadi menyentuh bagaimana Allah SWT mendatangkan contoh sebuah negeri yang aman damai dengan pembangunan yang hebat dan pesat, namun negeri tersebut akhirnya dihancurkan oleh Allah SWT ekoran sikap penduduknya yang enggan mensyukuri nikmat Allah SWT.

“Demikianlah al-Quran menceritakan kisah yang begitu banyak berkenaan umat-umat terdahulu yang dihancurkan semata-mata kerana kekufuran mereka kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, apa jua jenis
pembangunan yang dilaksanakan jika mengenepikan aspek rohani, ia tidak lain hanyalah menuruti jejak langkah umat-umat terdahulu yang telah dihancurkan oleh Allah SWT.

“Saya ingin menukilkan istilah yang diguna pakai oleh Syed Qutb rahimahullah di dalam menyifatkan pembangunan seperti ini yang didakwa oleh beliau sebagai tadmirul insan iaitu penghancuran kepada kemanus
iaan. Manusia yang membangunkan negara seperti ini pada hakikatnya menghancurkan negara di dalam keadaan yang tidak mereka sedari. Ini mengingatkan kita kepada firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". "Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya". (Surah Al Baqarah, ayat 11-12)

“Justeru, di dalam membangunkan negeri Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam, kita menanam kefahaman di kalangan warga kerja serta rakyat keseluruhannya bahawa segala urusan yang dilakukan di dunia akan berkait rapat dengan hidup selepas kematian iaitu hidup di akhirat.

“Sebagaimana yang sering saya nyatakan, ajaran tentang syurga dan neraka serta dosa dan pahala hanya disebut di dalam Islam.
Ia tidak pernah diajar di dalam mana-mana ajaran yang lain yang dijunjung oleh manusia pada hari ini. Sekular tidak menyebut tentang syurga dan neraka, begitu juga ajaran nasionalis, komunis bahkan semua ajaran-ajaran moden tidak pernah menyebut tentang perkara-perkara ini.

"Hasilnya, kita melihat bagaimana terbentuknya masyarakat yang sekalipun membangun dari sudut fizikalnya, tetapi rohaninya merudum. Budaya rasuah, khianat, pecah amanah, penindasan hak dan sebagainya merebak pula ke dalam masyarakat di dalam bentuk gejala sosial dan kadar jenayah yang semakin meningkat membuktikan bahawa pembangunan fizikal tidak membawa apa-apa erti kepada keamanan dan ketenteraman rakyat.

“Justeru, kita sering mengingatkan bahawa terdapat satu lagi perbicaraan yang perlu dilalui oleh manusia iaitu perbicaraan di mahkamah Allah di Padang Mahsyar. Pada waktu itu, hakim tidak boleh dirasuah, undang-undang tidak boleh dimanipulasi dan keputusan tidak lagi boleh dirayu. Demikianlah keyakinan yang diajar oleh Nabi (Muhammad) SAW kepada para sahabatnya yang hanya wujud di dalam Islam. Sekalipun projek yang dibuat oleh Nabi (Muhammad) sepanjang menerajui Madinah hanyalah sebuah masjid sahaja, tetapi generasi yang dibentuk jiwanya oleh baginda terus menjadi sebutan sepanjang zaman.

“Alhamdulillah, langkah kita di Kelantan ditiru oleh banyak pihak. Cuti dua hari seminggu, perkembangan perbankan Islam, insuran kematian warga emas, keperihatinan terhadap ibu tunggal dan sebagainya semuanya terhasil ekoran dasar Membangun Bersama Islam yang kita perkenalkan.

“Terbaru ialah kewujudan bas khas untuk wanita, saling tidak tumpah dengan langkah kita memperkenalkan kaunter berasingan mengikut jantina di Kota Bharu 20 tahun yang lepas. Bukankah langkah ini disifatkan sebagai mundur, jumud dan pasif? Hari ini terbukti ia ditiru dan diakui berkesan demi menjaga kehormatan golongan wanita. Alhamdulillah segala mulut yang mengata dan lidah yang mengeji dua puluh tahun yang lampau akhirnya terdiam seribu bahasa.”

--- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

0 comments:


Photobucket
top