Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

26 Zulhijjah 1431H - “Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya", jelas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Nik Abdul Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. “Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh."

YB Lim Kit Siang atau sesiapa pun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Jangan celapak melatah untuk memberi komen dengan kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini. Baca dahulu di sini, kemudian nilai sendiri. Saya tetap menyokong Tuan Guru ini, selamanya.

Perhatikan bahawa kata dasar kenyataan ini ialah ISLAM. Saya bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu. Dalam masa yang sama saya amat bertuah dan beruntung dengan takdir Allah bahawa saya seorang Muslim, dan saya terus berusaha menjadi Melayu-Muslim yang soleh, insyaAllah.

Berkaitan: Kisah, bicara, tinta dan buku Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

TG Nik Abd. Aziz, Lim Guan Eng dan ilmuan generasi al-Quran
Mutiara dua tok guru untuk tatapan umat Islam
Saman akhbar UMNO: Islam UMNO Islam PLASTIK (BUKAN PALESTIN!), Nik Abd Aziz

0 comments:


Photobucket
top