Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan menteri besar Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sejak lama dahulu telah melestarikan pengajian berorientasikan al-Quran. Program yang dilaksanakan melalui Maahad Tahfiz kerajaan negeri adalah anjakan paradigma bagi melahirkan generasi al-Quran yang ditebati selimut keperibadian tinggi.

Kecemerlangan subjek agama dan akademik dibuktikan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) oleh para pelajar tahfiz aliran sastera dan sains di sana. Saya yakin, insyaAllah, inilah warga Malaysia generasi al-Quran yang mendominasi kecemerlangan seumpama ilmuan Islam di era pemerintahan Khalifah Islam tidak lama dahulu.


Gerakan gemilang ini kini dipacu pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan langkah mengiktiraf para hafiz dan hafizah.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz al-Quran di negeri ini.

"Kita juga berhasr
at untuk mewujudkan satu keluarga satu huffaz serta usaha ke arah ini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi tersebut."

Dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut menyokong usaha yang diambil bagi memartabatkan para huffaz ini.
"Kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada mereka ini adalah kerana kita berkeyakinan golongan seperti ini adalah mereka yang mempunyai komitmen tinggi dan memerlukan disiplin serta keperibadian mulia untuk melaksanakannya.

"Kita juga yakin dengan adanya golongan hafiz dan hafizah ini maka masalah sosial di kalangan masyarakat seperti krisis moral, kemungkaran dan pelbagai masalah sosial akan dapat dihindari sebagaimana yang menjadi konsep amalan Kerajaan Negeri kearah 'Amar Makruf Nahi Munkar,” ulas Guan Eng.
Cintailah Allah dan Nabi Muhammad

Islam menganjurkan kita saling mengingati sesama rakan dan sahabat. Dalam kes ini, saya sering memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa darjah iman kita ada kalanya turun, dan alhamdulillah ada ketikanya n
aik.

Sebab itu ilmu adalah penting. Justeru cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad (S.A.W) adalah menjadi wajib kepada setiap individu muslim. Kerana dengan cinta ini, walau kadang-kadang kita lalai dan leka dengan fitnah dunia, insan terpimpin akan tetap kembali ke pangkuan kebenaran.


Membaca buku-buku yang baik merupakan salah satu cara untuk menyedarkan kita. Buku yang dihasilkan oleh para guru dan penulis yang berniat untuk menyampaikan ilmu boleh menjadi wadah pertama dan juga mungkin wadah terbaik dalam perihal menjaga iman seseorang.


Namun ada pihak yang mengatakan bahawa jangan berguru dengan buku semata-mata.
Saya bersetuju. Sebab itu, kita harus mendidik diri mencari ilmu. Pelajaran dan penddikan di peringkat rendah amat penting sebagai asas pendinding diri. Pastinya rumah menjadi paksi utama dalam hal ini. Di sini peranan ibu-bapa menjadi faktor kritikal.

Ambil analog
i kita mengaji al-Quran. Pada peringkat permulaan sampai khatam, kita berguru dengan orang tua sendiri atau ustaz. Tahu nahu, tanda bacaan dan hukum tajwid. Selepas itu kita perlu terus amalkan pembacaan kitab agung ini.

Masa beredar, kita baca kupasan isi al-Quran pula. Dari mana? Pastinya buku-buku, sama ada buku berorientasikan agama mahupun novel yang baik (novel Islami misalnya).


Tok Guru Nik A
bdul Aziz raikan ilmu

Berkaitan dengan dunia keilmuan ini, dalam buku Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat, penulis memetik kata-kata ulama ini:

"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan."
Jika diandaikan kotak minda TG Nik Abdul Aziz itu sebuah briefcase, setiap yang dikeluarkan daripadanya ialah helaian kertas penyelesaian yang mewah alternatif. Sekali pandang ia nampak semacam asing, tetapi jika diteliti dan dihalusi, minda masyarakat Malaysia pada amnya sentiasa disua dan diuji untuk mencuba pelbagai resepi.

Dari sekecil-kecil persoalan kopiah dan terompah, Islam telah melingkari pembentukan diri, keluarga, masyarakat, ekonomi, seni, sastera, hiburan, pendidikan, sains, sejarah, falsafah; hinggalah kepada persoalan perundangan, pemerintahan, emosi, dan psikologi. Semuanya bertitik tolak daripada tabiat ufuk pembacaan beliau yang luas. Jelas apa yang dicapai oleh TG Nik Abdul Aziz diharap mampu diulangi oleh generasi sesudahnya.


Dalam konteks berkaitan, akhir-akhir ini semakin kerap kenyataan atau komentar beliau dicarik-carik dan diputuskan oleh pihak-pihak tertentu dalam siaran akhbar dan laporan berita. Kenyataan Tok Guru dipecah-pecahkan dan seterusnya juak-juak yang berniat bobrok mengulas atas batang tubuh ranting yang patah tadi. Maka konteksnya jauh menyimpang.


Kata-kata beliau sarat lapisan, sesuai dengan peribadi berkemilaunya. Tok Guru lembut cakapnya, tetapi dalam hal berkaitan yang hak, dia amat keras.
Dalam isu doa, Tok Guru berkata:
“Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan. Bila kita ikut Nabi (Muhammad, Sallallah-hualaihiwassallam), jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”
Bagi Tok Guru, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah Sallallah-hualaihiwassallam.


Berkaitan: Kelantan: PAS beri tumpuan soal politik, kata Tok Pa

2 comments:

SUNAWAN said...

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz al-Quran di negeri ini.

KERAJAAN MANA YANG MELAHIRKAN HAFIZ DAN HAFIZAH INI, KERAJAAN LIM GUAN ENG?

Web Sutera said...

Sdr Sunawan, sudah gaharu cendana pula.


Photobucket
top