Pelajar --> Pelatih -->Pekerja --> Pegawai --> Pengurus --> Usahawan --> Juru Perunding
(1) Pelajar – Menimba ilmu mengikut sistem
pendidikan negara, seperti sekolah kebangsaan, menengah dan melangkah ke IPTA /
IPTS atau universiti di luar negara. Atau mengikut sekolah agama dan universiti
di dalam atau luar negara seperti di Al-Azhar, Mesir, Jordan, Madinah dan
lain-lain negara
(2) Pelatih – Semasa di universiti, pelajar mendapatkan tempat sebagai pelatih di syarikat, badan berkanun, agensi kerajaan atau institusi yang memberikan tempat untuk para pelajar mendapatkan latihan industri. Semasa menjadi pelatih, pelajar mendapat pendedahan dunia kerjaya dan suasana sebuah syarikat korporat atau agensi kerajaan yang terbabit.
(3) Pekerja – Para siswa atau siswi lepasan universiti atau kolej mendapat pekerjaan di sektor awam atau swasta, iaitu di jabatan kerajaan, badan berkanun, agensi kerajaan atau syarikat swasta.
(4) Pegawai – Sesudah melalui beberapa bulan atau tahun, pekerja mendapat kenaikan pangkat dan meningkat dalam kerjaya.
(5) Pengurus – Apabila memegang jawatan pekerja dan pegawai, seseorang penjawat awam atau swasta dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus atau penyelia. Peningkatan seterusnya dalam kerjaya setelah pengalaman bertambah dan prestasi memuaskan pihak jabatan atau syarikat. Pemegang jawatan mungkin memegang jawatan itu sehingga hari dia bersara atau mungkin dia mendapat kenaikan pangkat lagi ke jawatan yang lebih tinggi.
(6) Usahawan – Pekerja yang sudah meningkat dalam kerjaya meletak jawatan demi mengejar impian untuk membuka perniagaan sendiri, yakni menjadi usahawan. Dia menceburi bidang perniagaan sebagai kontraktor, pembekal, penjual produk, malah tidak kurang juga yang bergiat dalam bidang latihan. Malah ada juga apabila bergiat dalam bidang latihan, dia membekalkan produk latihan kepada bekas majikannya atau pihak yang dikenalinya semasa bekerja di sektor awam atau swasta itu.
(7) Juru Perunding – Pada peringkat ini seseorang usahawan itu sudah menceburi bidang kemahirannya selama lebih daripada lima belas hingga dua puluh tahun. Oleh yang demikian kemahirannya itu sudah memungkinkan dia menjadi pakar rujuk serta pakar yang diminta nasihatnya dalam bidang yang diceburinya. Pada tahap ini juga, pihak yang perlukan khidmat kepakaran beliau sanggup membayar harga yang tinggi semata-mata demi mendapatkan khidmat nasihat. Pada ketika ini dia layak digelar sebagai juru perunding atau konsultan.
Sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, semua laluan ini bermula ketika seseorang itu berumur 7 tahun iaitu Peringkat 1, dan Peringkat 7 dicapai ketika dia berumur 58 tahun atau mungkin lebih awal, bergantung pada perancangan dan pelaksanaan perancangan seseorang itu.
Adakah kamu menganggap seseorang yang berumur 58 tahun sebagai seorang yang sudah lanjut usia dan sebaik-baiknya dia bersara atau lebih layak menghabiskan masanya di masjid atau surau?
Sebelum kita menjawab ‘ya’ kepada soalan di atas, mari kita berhenti sejenak dan meneliti kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad (SAW). Ya, Rasulullah (SAW).
Baginda mula bertugas sebagai penggembala kambing biri-biri pada umur awal remaja lagi. Semasa remaja Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib menyertai rombongan dagang ke Yaman dan negeri Syam (Syria). Ketika berumur 25 tahun Nabi Muhammad (SAW) berkhidmat memperdagangkan barangan pemodal Khadijah binti Khuwailid.
Semasa berumur 40 tahun Baginda dilantik oleh Tuhan menjadi Rasul. Tiga belas tahun Nabi Muhammad (SAW) menyebarkan agama Islam di Makkah, manakala sepuluh tahun berikutnya di Madinah.
Perang Badar, yakni peperangan pertama yang dihadapi oleh orang Islam pimpinan Nabi Muhammad (SAW) berlaku pada tahun kedua Hijrah. Pada masa ini Nabi Muhammad (SAW) berusia sekitar 55 tahun! Zaman sekarang, pada usia ini seseorang pekerja swasta sudah mencapai waktu dia bersara daripada bertugas. Sedangkan Nabi Muhammad (SAW) baru sahaja menghadapi peperangan yang pertama.
Cuba bandingkan dengan cadangan pakar suatu bidang yang kita bincangkan di atas. Tahap perunding ini semasa berumur 58 tahun. Pada tahap ini pekerja sektor awam sudah mencapai umur bersara dari khidmat sektor awam.
Pada usia 58 tahun, kita sudah menceburi bidang kemahiran kita selama lebih kurang 34 tahun. Cuba bayangkan betapa lamanya masa yang kita habiskan bertugas di bidang tertentu itu. Pelbagai pengalaman yang kita telah lalui dan betapa bernilainya ilmu pengetahuan yang kita pelajari. Tentu kita mempunyai jaringan sahabat dan rakan serta kenalan yang ramai sejak dari mulai bertugas pada usia 24 atau 25 tahun. Tentunya ramai rakan sebaya kita yang telah menempa kejayaan dalam bidang masing-masing.
Jadi tidak hairan kita menjadi seorang perunding atau konsultan yang menjadi tempat rujukan pelbagai pihak dalam industri atau bidang kita. Bukan sahaja mereka mahu mendengar nasihat kita dan menjadikannya panduan, malah mereka sanggup membayar kita dengan upah atau yuran perunding atau fi konsultan yang lumayan. Malah bukan mereka yang tetapkan harga, tetapi terpulang kepada kita untuk menetapkannya. Sebut sahaja berapa harganya, mereka yang mendapatkan khidmat kita itu sanggup membayarnya tanpa banyak soal. Tiada pun yang mahu meminta diskaun. Malah semakin tinggi fi konsultan yang dikenakan semakin tinggi pula prestij yang dirasakan oleh pelanggan kita.
Adakah semua ini sesuatu yang mustahil serta tidak masuk akal? Bagaimana caranya untuk kita mencapai tahap itu?
** Insya-Allah, ini siri ujana kerjaya sebagai langkah champion. Penulis kongsikan untuk kebaikan bersama. Andai ada penerbit yang sudi, penulis sedia ketengahkan tulisan ini ke dalam buku.
Sebelumnya: Mulakan langkah Champion (1)

0 comments:
Post a Comment