22 Ramadan 1432H - Saya mungkin terbius rasa untuk mencoret cerita akan pemergian Tuan Haji Azizi Abdullah (Pak Azizi), seorang sasterawan negara yang tidak dinobatkan oleh penguasa negara, ke negeri kekal abadi.
Walaupun tidak dinobatkan sebagai seorang Sasterawan Negara bertinta emas bersaksikan sekeping sijil, beliau tetap sasterawan prolifik, berkebolehan, tangkas, nadir dan berani dalam mengatakan apa dilihat serta dirasai. Sebagai seorang idealis berwawasan tinggi, beliau membuka kagum di lubuk jiwa sejak sebermula mengenali beliau lewat karya-karyanya.
Saya salin kembali cacatan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berkenaan Allahyarham Tuan Haji Azizi Abdullah di bawah.
Kembalinya novelis terkemuka tanahair, Allahyarham Tuan Haji Azizi Abdullah ke rahmatillah sangat dirasai oleh dunia penulisan negara. Beliau bukan sahaja seorang novelis yang hebat tetapi juga seorang yang peka dan tajam pandangan penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.
Penulisan al-marhum hidup dalam realiti semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat selain al-marhum juga telah meninggalkan jasa besar dalam seni kesusasteraan negara. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung pastinya hasil karya besar al-marhum yang melonjak naik namanya di persada sastera negara.
Seorang yang tinggi disiplin dan berdedikasi dalam penulisan malah kritis dalam mengutarakan idea mengolah realiti meletakkan beliau sebaris dengan sasterawan negara yang lain.
Kini negara telah hilang sebuah permata bernilai dan berkualiti tinggi. Semoga al-marhum menjadi contoh kepada generasi muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga al-marhum di atas pemergiannya. Sabarlah di atas ujian ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dari kalangan hamba-Nya yang soleh.
--- Ustaz Nasrudin bin Hassan.
(Foto Pak Azizi bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Takiyudin Hamzah di Hospital Pulau Pinang. Pak Azizi meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi Ahad, 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadan 1432H.)
Berkaitan: Tukcai dan Nekcai – dua jiwa yang sinonim
Nostalgia bersama Pak Azizi

0 comments:
Post a Comment