Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saya sudah selesai membaca novel Tukcai oleh Azizi Haji Abdullah. Seperti yang saya katakan dalam entri terdahulu, novel ini sarat cinta, airmata, nostalgia dan perjuangan. Garapan yang cukup indah, memaparkan konflik orang tua dan golongan muda. Cinta dan semangat orang tua yang diwujudkan dalam watak utama Tukcai tidak sama dirasai oleh anak-anaknya yang terpelajar.

Tukcai membawa hati yang lara lantaran rindunya kepada Nekcai yang telah pergi buat selama-lamanya. Cinta dan kasihnya kekal abadi sepanjang hayat. Semangat perjuangan Nekcai menuntut kemerdekaan Tanah Melayu meresap ke dalam jiwa Tukcai. Ingin ‘dihidupkan’ kembali cinta dan semangat itu melalui perkahwinan baru, namun Nekcai tiada galang ganti.


Satu novel yang membuat saya betul-betul terharu. Dalam kesibukan mengurus bisnes katering, saya sempat mencuri masa bagi menghabiskan pembacaan novel ini. Saya syorkan anda untuk membelinya. Saya jamin anda tidak akan kecewa dengan novel ini.


Saya tidak menduga penyudah cerita novel ini begitu – saya terpegun!


Penulis: Azizi Abdullah

Penerbit:
Alaf 21 Sdn Bhd, 2007
ISBN: 978-983-124-290-2
Muka
surat: 197

0 comments:

top