Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

18 Ramadan 1432H - Aku bukan ustaz, kerana aku tidak selayaknya begitu. Aku hanyalah seorang hamba Allah yang sedar diri. Aku dambakan reda Allah daripada reda yang lain. Semoga Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemberi Rahmat merahmati dan memberi keampunan kepada aku, kedua-dua ibu-bapaku, isteriku dan anak-anakku tatkala aku sedang meneruskan ibadah puasa di sepuluh hari kedua Ramadan 1432 Hijrah.

Doa aku juga semoga semua rakan, sahabat dan taulan yang membaca entri ini dibebaskan daripada azab neraka Allah di sepuluh hari terakhir nanti. Amin ya Allah ya Rabbal 'Alamin.

--------------------------------------------------


Isteri gosok lengan, bahu dan cium tengkuk. Tiada terasa apa-apa, seolah-olah mati deria. Itu bahaya kerana ianya sindrom mati pucuk! Ada orang baca al-Quran betul tajwidnya, namun setakat itu sahaja. Baca tanpa tadabbur dan pratikkan, seperti ayat-ayat hukum yang WAJIB dilaksanakan oleh kita atau pemerintah. Itu SINDROM MATI PUCUK yang wajib diubati.


Apa guna membaca al-Quran, namun hasilnya al-Quran itu melaknat si pembaca. Subhanallah. Mari ubati kedua-dua jenis mati pucuk tersebut.

---------------------------------------------


Amat rugi dan celaka orang-orang yang berpuasa dan solat, tetapi hanya sia-sia. Berpuasa hanya dapat lapar dan haus. Solat pula tidak dapat menjadi hijab dari pelakuan mungkar justeru solat seumpama orang jahil yang hanya sebagai adab kebiasaan sahaja.


Ya Allah! Lindungi aku dan keluarga aku dari fenomena ini. Hanya reda-Mu aku harapkan.

Berkaitan: Tazkirah Ramadan untuk aku dan engkau (1)
Tazkirah Ramadan untuk aku dan engkau (2): Syafaat daripada bacaan al-Quran

Tazkirah Ramadan untuk aku dan engkau (3)

0 comments:


Photobucket
top