Pada Rabu, 13 Jun 2007, jam 3.00 petang di Petaling Jaya, Alaf 21 Sdn Bhd meraikan keempat-empat penulis veteran dalam suasana meriah dan penuh mesra.
Penerbitan semula novel-novel mereka iaitu Ranjau Sepanjang Jalan, Badai Semalam, Jalur Sinar Di Celah Daun dan Tukcai adalah perlu memandangkan mungkin ada masyarakat hari ini tidak pernah mengetahui dengan kewujudannya novel-novel tersebut. Malah, masyarakat hari ini juga tidak pernah mengenali penulis-penulis ini. Mungkin ketika novel-novel ini di pasaran pada suatu waktu dahulu, kita masih kecil ataupun masih belum lahir di dunia lagi.
Kehadiran Dato' Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad, Khadijah Hashim dan Azizi Haji Abdullah benar-benar mengembirakan saya. Saya bersalaman dengan Dato' Shahnon dan Pak Azizi. Malah Pak Azizi menantangani novel beliau Tukcai yang saya miliki. Juga bersalaman dengan SN Datuk A. Samad Said yang menjadi jemputan khas pada hari itu.
Saya dan isteri juga menghadiri majlis pelancaran novel nostalgia ini. Terima kasih Encik Norden Mohamed, Pengurus Besar Alaf 21 kerana menjemput saya. InsyaAllah, saya akan ke majlis sebegini lagi, jika diundang di masa depan.
Saya turut berjumpa dan beramah mesra dengan Mohamad Feroz, Presiden Alaf21 FC.

2 comments:
Salam.
Astaga saya hadir majlis ini, tapi tak jumpa tuan...mungkin sebab tak kenal.
Mungkin belum masanya :)
Salam Helmy,
Laa tuan pun ada di sana. Kenapa kita tidak berjumpa? Allah belum izinkan. Mungkin di lain masa, lain lokasi, insyaAllah.
Post a Comment