Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

11 Jamadilawal 1432H - Saya Sokong: Ini Baru Buku dan Obses Pada Buku? Inilah pesta (perang?) poster dan baner dalam laman web dan Facebook di antara dua buah penerbit Melayu terbesar; Grup Buku Karangkraf dan PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd. Memang hebat dan sengit.

Masing-masing mencari peluang dan ruang di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bakal berlangsung dari 22 April sehingga 1 Mei 2011 ini.


Walaupun sengit, namun saya pasti masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Jom kita meriahkan dunia perbukuan dan keilmuan.


Saya amat senang hati dan terharu meneliti perkembangan dunia penerbitan buku bahasa Melayu dewasa ini. Kalau 15 tahun dahulu agak sukar mendapatkan buku-buku bermutu, kini tidak lagi. Antara penerbit idaman saya ialah PTS, Kemilau Publika, Rijal Media dan Jundi Resources. Buku terbitan empat penerbit ini tanpa ragu untuk dimiliki saban bulan.

Buku-buku penerbit lain saya akan membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum dibeli. Ianya juga bergantung kepada genre, tajuk dan isi kandungan buku.

0 comments:

top