
Saya terbitkan semula entri dari blog Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. berkenaan Pesta Buku Mydin yang akan diadakan.
Mydin adalah gedung membeli-belah yang terkenal dengan harga borongnya. Ia akan mengadakan pesta bukunya sendiri pada 27 Mei 2011 bagi mempromosi pembukaan seksyen bukunya.(Kredit foto di atas: Universiti Terbuka PTS)
Foto menunjukkan ruang luas yang dikhaskan untuk seksyen buku dalam Gedung Mydin di bandar Subang Jaya. PTS membekalkan semua tajuk terbitannya kepada Mydin Subang Jaya.

(Kami membaca di mana-mana)
0 comments:
Post a Comment