Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

20 Jamadilawal 1432H - Inilah enam buah buku yang dibeli pada hari ke-2 PBAKL 2011 semalam (23 April 2011). Lantaran pengunjung terlalu padat, terutamanya di gerai PTS, saya tidak berlama-lama di lokasi pesta. Kepadatan yang sendat menyukarkan laluan di gerai PTS menjadi fenomena bahawa umat Melayu khasnya melihat penerbit ini berjaya mengisi vakum yang sekian lama lohong.

Photobucket
Saya juga menyinggahi gerai Telaga Biru, ITNM dan beberapa gerai lagi. Tetapi tidak menyeluruh lantaran kesuntukan masa, suasana padat dan kekangan tunai. InsyaAllah, esok atau / dan 30 April ini saya akan memberi peluang kepada diri sendiri untuk diselimuti ilmu dan buku yang baik. Pastinya wang tunai perlu dilaburkan jauh lebih besar. Saya tidak kisah.

Salah satu gerai penerbit kecil yang diterajui oleh pemilik Cina bernama One Nusantara. Melalui penilitian saya dan saudara Zonan Villa, terdapat tiga buah novel fantasi-thriller yang menarik untuk dimiliki. Saya berbual-bual dengan bos One Nusantara dan cikpuan editor berkenaan banyak perkara, termasuk isu penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan dan peluang jualan genre thriller dan fantasi di kalangan pembaca berbahasa Melayu.


Saya dan saudara Zonan Villa berkongsi beberapa tip bagi memeriahkan dunia sastera Melayu di Malaysia. Percambahan idea dan pertembungan budaya menjadi antara topik diskusi secara berdiri di belakang gerai PTS tersebut.


Photobucket
Okey, titik. Perkara kedua ialah berkenaan tulisan Cina di gerai PTS. Salah seorang pengunjung menulis komen di Facebook PTS begini:
"Kenapa ada tulisan bahasa cina kat banner? Sedangkan pengunjung Cina tak sampai 2% . Lain la kalau pesta buku Popular atau pesta buku Mines. Saya rasa macam mencacatkan pemandangan."
Komen susulan saya seperti berikut:
"Tuan Syed Ibrahim, tiada salahnya tulisan Cina di gerai PTS. Selain faktor tarikan pembaca Cina untuk meneliti buku-buku bahasa Melayu bermutu, paling kurang pun ia menyerlahkan komitmen PTS bahawa tiada sempadan bangsa dalam Islam. Desain pun tidak pula mencacatkan pemandangan, insyaAllah."
(Foto: Jangan dihiraukan dengan gelagat pekomik M-PTS tersebut. Lihat tulisan Cina yang di desain gerai PTS. Kredit foto untuk Facebook PTS.)

Photobucket

(Sebahagian besar koleksi buku di rumah saya. Rak buku lantai-ke-siling buatan sendiri)
P/s: Belum kahwin? Ada perancangan mahu kahwin? Sudah ada katerer? Belum ada? Jom ke sini.

Oh ya! Untuk mengetahui buku saya, sila ke sini. Bagi membaca karya percuma saya pula, sila ke sini :-)

1 comments:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum Tuan,
saya juga banyak membeli di PTS. Penerbit buku-buku Melayu tersohor!


Photobucket
top