Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

20 Zulhijjah 1431H - Buat pertama kalinya Pesta Pulau Pinang 2010 dimeriahkan dengan bazar buku. Dengan nama Baca@Pesta Pulau Pinang, ianya yang diadakan di Tapak Pesta, Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ini merupakan salah satu kempen membaca yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sepanjang enam tahun saya di Pulau Pinang dahulu, ini pertama kali pesta Pulau Pinang mengambil inisiatif memasukkan bazar buku sebagai salah satu aktiviti yang diadakan. Tahniah untuk kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Saya bukan ingin bersikap prejudis, tetapi kerajaan UMNO-BN dahulu kala (dan kini!) hanya mementingkan hiburan semata-mata. Budaya ilmu tidak dipupuk, walaupun tapak pesta hanyalah di belakang Universiti Sains
Malaysia. Saya dan teman-teman hanya perlu berjalan kaki sahaja ke sana, merentasi jalan yang di kiri-kanannya ada beberapa kandang babi.


Cikpuan Roziyah dalam portal PTS menulis bahawa menurut Pengarah Projek Bazar Baca@Pesta Pulau Pinang, Tuan Syed Ibrahim, ini merupakan kali pertama jualan buku-buku diadakan di pesta Pulau Pinang.


"Kita percaya Bazar Baca ini bukan sahaja dapat menarik ulat buku di sekitar Pulau Pinang, tetapi juga dapat memberi peluang kepada peminat buku yang tinggal di sekitar utara bagi mendapatkan buku-buku hebat dengan diskaun-diskaun yang menarik," jelas Tuan Syed.


Bazar Baca yang diadakan selama 33 hari ini menawarkan diskaun-diskaun yang hebat dan menarik sehingga 70 peratus. Selain itu, melalui pembelian 50 ringgit ke atas, pembeli juga dapat menyertai cabutan bertuah yang disediakan oleh pengajur Bazar Baca. Hadiah-hadia
h menarik seperti barangan elektrik dan buku-buku menarik disediakan khas kepada pembeli bertuah.

Bazar Baca juga menawarkan diskaun hebat sehingga 25 peratus bagi buku-buku terpilih terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Bazar Baca ini diadakan di Tapak Pesta, Sungai Nibong, Pulau Pinang bermula dari 1 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011. Maklumat lanjut dan berita terkini boleh diperolehi melalui laman sosial Facebook Pesta Pulau Pinang atau terus melayari laman web Pesta Pulau Pinang di sini bagi maklumat yang lebih lengkap.


Tuan Zamri Mohamad dalam posting terkini untuk grup Baca@LRT menyatakan kegembiraan dengan perkembangan sihat ini.
“Apabila kita bersama-sama bermula pada 16 Januari 2010, bersama-sama membaca secara spontan, mengejutkan orang ramai yang tidak tahu apa yang berlaku dan menjadikan kedai majalah kehabisan majalah pada hari esoknya (kerana bimbang dikelilingi pembaca buku), ia bukan sekadar satu aktiviti kita berseronok, tetapi keseronokan kita mengubah sejarah negara berterusan sehingga kini.

“Terbaru di Pulau Pinang, kesan dan akibat tuan dan cikpuan bersama dalam aktiviti gila-gila dan spontan ini, Baca@ muncul di Pulau Pinang!”
Berkaitan: Laporan pakatan rakyat BACA@LRT oleh Zamri Mohamad
LRT dan ulat buku, apa kena mengena?
Saya membaca di mana-mana, hatta dalam bilik bersalin

0 comments:


Photobucket
top