Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Saya merupakan salah seorang yang menyahut seruan membaca di mana-mana. Saya berbangga kerana tim BACA@LRT mencipta sejarah. InsyaAllah, sejarah yang akan menukar riak kecil kepada gelombang umat Malaysia tanpa mengira ras dan pegangan kepercayaan.

Malaysia
hanya satu. Justeru itu raikan ilmu dan nyahkan budaya hedonis yang cemar!


Alhamdulillah, saya sebagai pecinta buku dan ilmu sudah amalkan membaca dalam LRT sejak lama dahulu. Tatkala masih bekerja makan gaji, pada awalnya saya berulang-alik dari Ampang ke Bukit Jalil dengan m
enaiki LRT. Selama itu juga saya mesti membawa beg galas. Tiada apa-apa dalam beg tersebut, hanya buku! Masa terluang lebih 1 jam dalam perjalanan pergi dan balik kerja saya penuhi dengan membaca.

Saya ada satu catatan yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan. Tanggal 29 Januari lalu saya ada satu sesi katering di Bukit Beruntung, Rawang. Sebaik selesai majlis, saya bergegas pulang ke Kampung Pandan bagi membawa isteri ke Hospital Pusrawi untuk pemeriksaan pra-natal. Kandungan isteri saya memang sudah melebihi tarikh bersalin yang diberikan oleh doktor.

Seperti yang dijangka, isteri saya direkemen oleh doktor Daud untuk memasuki bilik bersalin. Dari jam 6.00 petang pada hari itu, isteri saya tidak bersalin sehinggalah keesokan harinya, 30 Januari 2010. Tepat jam 8,20 pagi, seorang insan baru dilahirkan dengan bangganya oleh chef Lusiana Catering.

Apa saya buat sepanjang berada dalam bilik bersalin menemani isteri tersayang? Selain melaksanakan kewajipan terhadap yang Maha Pencipta dan berdoa, saya membaca tiga buah buku serentak. Apabila isteri selamat bersalin pada 30 Januari dan dipindahkan ke wad post-natal, saya menyambung pembacaan.

Sela-sela masa yang dilalui selama tiga hari berada di Hospital Pusrawi tidak menjemukan. Selain melihat orang baru itu (foto umur 1 jam) dan mengawasi kesihatan isteri, tiga buah buku menjadi teman setia saya. Buku bertajuk Sedarlah Kamu Wahai Manusia: Antara Semalam dan Hari Ini saya khatam pada hari pertama lagi.

InsyaAllah saya membaca di mana-mana jua dan dalam situasi apa pun. Pada 20 Februari 2010, tim BACA@LRT akan membuat kejutan lagi dalam LRT. Kali ini tema ialah karya sastera.

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis yang HALAL. Majlis yang tidak bermoral saya tidak akan layan! Saya tidak bertanggungjawab ke atas sifat HARAMnya sesuatu majlis tersebut.

Pelbagai menu boleh disediakan; masakan Melayu, Cina, India dan Barat, insyaAllah. Pilihan penyediaan secara bufet dan layanan VIP (hidang atau dome).

12 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Syukur kepada Allah, tuan dianugerahi seorang lagi cahaya mata yang sihat.

Bilalah tuan mahu menulis buku pula untuk orang lain baca?.....

Zonan said...

Assalamualaikum

Masya Allah Abg Web.. Tahniah...

Sama tarikh ngan Muhammad Ibad Farhan..

Tahniah sekali lagi

Web Sutera said...

Ibu Sifu Ainon yang dihormati, terima kasih atas galakan itu. Doa-diakan untuk saya, ibu.

Sahabat Zonan, terima kasih jua atas ucapan tahniah. Syukur, rezeki bertambah. SUBHANALLAH!

akimsensei said...

Tahniah Abg Web. Baru ada kesempatan terjah sini. ;) Semoga Kak Chef & baby sihat2 ye.

Anonymous said...

tahniah abg web....

ehh, apa nama baby?

hehehehehe~

=)

sue onn said...

salam abg web...
tahniah tuk abg web ngan kak hana..tambah harmoni dan ceria hendaknyanya.

Web Sutera said...

Assalamualaikum sahabat Akim, Fecca & Sue. Semoga Allah melindungi sahabat semua. Amin!

Akim, segala puji untuk Allah, kedua-dua sihat.

Fecca, nama dia? Masih belum daftar lagi di JPN. Namanya, insyaAllah, Aeisha Sumayyah bt Abah dia...

Orang Segamat, TQ. Harmoni satu Malaysia :-)

fyena said...

nk jg ucap tahniah kat abg web n kak chef sbb dpt bby girl...semoga dia menjadi anak yang solehah yang akan berbakti kpd org tua dan insan yang cemerlang....hehehe

comey~~~~

cendera kirana said...

Assalamualaikum
Tahniah, semoga saudara sekeluarga dirahmati dan dikasihi Allah.

Web Sutera said...

Adik Fyena, insyaAllah. Demi Islam & Malaysia.

Sdr Cendera Kirana, alhamdulillah. Terima kasih atas doa. Amin ya Allah!

ABD RANI said...

Hizam,
Tahniah kerana telah menerima satu lagi cahaya mata & hati! Semoga Hizam sekeluarga dimurahkan rezeki dan berjaya lagi dalam perniagaan. TK.

--ABD RANI

Linda Amri said...

salam saudara,
lama tak jenguk blog ini, rasanya sdh byk sy ketinggalan berita mutakhir.

tahniah buat saudara & wife atas kelahiran si comel, semoga bertambah keceriaan dan keberkatan.

kim salam ngan chef ya! :-)


Photobucket
top