Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Photobucket
Tanggal 16 Januari 2010, aku berkereta ke Stesen LRT Putra di Gombak dan tiba di sana seawal 8.00 pagi. Program bermula jam 9.30 pagi. Justeru masih awal, maka aku membaca dalam kereta sambil makan bihun goreng. Aku membawa tiga buah buku; Numbered Account oleh Christopher Reich, 9 Nyawa oleh Ramlee Awang Murshid, dan Komik-M: Takaza oleh Sitrahaslee.

Program apa? Lihat gambar-gambar yang sempat aku rakam. Mahu baca ceritanya, kunjungi laporan akhbar EraPakatan.

"Statistik membaca yang dikeluarkan sememangnya tidak boleh digunapakai kerana berdasarkan peningkatan jualan menunjukkan peningkatan 60 peratus setiap tahun," kata Ainon.

Turut hadir dalam program ini penulis-penulis ternama, penerbit dan peminat-peminat buku dari seluruh negara.


Acara ini dimulakan di Terminal Putra Gombak dan berakhir di stesen Kelana Jaya pada jam 9.35 pagi. Acara ini akan diadakan pada Sabtu, minggu ke dua setiap bulan, khas untuk meningkatkan kesedaran membaca dalam kalangan penumpang LRT.
Photobucket
Dua orang 'peminat tegar' Ramlee Awang Murshid dengan novel 9 Nyawa
Berkaitan: Persepsi Melayu bila tengok kita gemar membaca
Cukup hanya ‘membaca’ al-Quran?

Photobucket

2 comments:

Elle Syeila said...

Program ini memang menarik, kalau bahasa hiburan ala-ala tarian flashmob, cuma tariannya adalah membaca, mungkin pada masa akan datang boleh gaya flashmob, di mana semua dalam tren, bila penumpang dah ramai, sorang-sorang keluarkan buku, mungkin dengan itu lebih menimbulkan impak. Konsep flashmob di Malaysia masih baru di Malaysia, masih boleh dipelopor dalam pelbagai cara dan bidang.

Web Sutera said...

Assalamualaikum. Penulis Zamri Mohamad menulis dalam Facebook, "Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dan Ramlee Awang Murshid Fan Club merupakan dua kumpulan penting yang menyertai Baca@LRT bersama kita. Terima kasih!"


Photobucket
top