Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

21 Zulhijjah 1431H - Assalamualaikum. Saya sudah tahu. Semua AJK Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) juga sudah tahu. Saudara Ramlee memang suka berkongsi pengalamannya. Beliau pernah menceritakan suka-duka sebelum karyanya dikenali ramai kepada saya. Namun mungkin ramai orang tidak tahu akan hal ini. Saya salin kembali post dari blog Pengerusi PTS ini.
Saya petik teks di bawah ini dari blog Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, di mana beliau menulis kata-kata yang diucapkan oleh Tuan Ramlee Awang Murshid kepada beliau:

“Darjah tiga, saya masih tidak boleh membaca. Ayah saya menangis apabila saya berjaya memperolehi ijazah.”


“Prof, 10 tahun buku-buku saya tidak laku. Saya melalui zaman merayu dan meminta simpati untuk hasil karya saya diterbitkan. Alaf 21 yang memberi peluang kepada saya. Saya merayu kepada Allah, kemudian saya membayar zakat dan saya percaya janji Allah itu sentiasa benar. Rumah saya dibeli hasil royalti. Kereta juga begitu.”


Tuan Ramlee Awang Murshid adalah penulis novel popular lelaki paling berjaya (dan kaya) dalam pasaran saat ini. Kisah benar beliau itu menjadi bukti bahawa penulis buku Melayu mempunyai peluang hidup selesa daripada pendapatan royalti mereka. Zaman penulis buku Melayu harus hidup 'miskin' sudah berlalu.
Perkara yang amat penting ingin saya sorot dari sini ialah zakat. Zakat menyuburkan rezeki, bukannya mengurangkan apa yang diberikan oleh Allah. Ibadah zakat tidak semestinya dibayar melalui agensi pungutan zakat. Boleh juga kita mengenal pasti mana-mana pihak yang layak menerima wang zakat, kemudian kita menyerahkannya secara langsung. Namun kaedah ini mungkin tidak membolehkan kita memiliki resit bagi diambil kira dalam penyata cukai pendapatan. Hukumnya tetap sah, insyaAllah.

Perihal zakat ini baru sahaja tadi (petang 27 Nov. 2010) saya dan Zonan bercerita semasa dalam perbualan sambil minum dan makan sebelum pergi ke pejabat jualan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Janji Allah itu benar. Hanya Allah yang Maha Tahu.

Berkaitan:
Diam-diam jangan bising, novelis thriller Ramlee suka masakan mee goreng
Saya, Ramlee dan RAMFC

Aidilfitri: Rumah novelis Ramlee diserbu tetamu sehingga waktu Isyak
Aku, Ramlee dan sahabat Utusan di rumah terbuka Aidilfitri

5 comments:

Mrs cHiklink said...

alhamdulillah,mmg x sia2 kan dicipta pepatah melayu dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

syahirah said...

Allah xkan sia2 kan usaha dia...ada banyak mesej baik dlm novel dia..jalan cerita yg unik dan tak tersangka-sangka...mungkin 1 dlm sejuta novelis mcm ni haha hiperbola la pulak

Ejul said...

Oh ya, saya masih lagi simpan keratan akhbar online yang saya cetak, akhbar Kosmo bertajuk Azimat Hidup Ramlee. Wartawan penulis oleh Tengku Suzana Raja Hamat. Tarikh tidak ingat bila.

Web Sutera said...

“Sebenarnya, saya juga sering kekeringan idea untuk menulis, namun saya tidak putus-putus merintih dan berdoa kepada Allah agar memudahkan kerja saya. Alhamdullillah ia berjaya,” kata novelis thriller Ramlee Awang Murshid.

Usaha, doa dan tawakal. Allah itu pengasih dan penyayang sifatNya.

Shahirah said...

Erm. Rezeki yang indah lagi halal memerlukan kesabaran. Bakat yang ada pada RAM anugerah yang tak ternilai buat dirinya dan kita peminatnya. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat buat abang RAM.

** Komen dalam Facebook RAMFC.


Photobucket
top