17 Zulhijjah 1431H - Entri ini diambil dari laman web Universiti Terbuka PTS (post tahun 2007) .
Buku Melayu membawa perolehan lebih tinggi
Golongan yang membeli dan membaca buku Inggeris mempunyai persepsi pasaran buku-buku Inggeris di negara ini adalah amat besar dan semua orang hanya membaca buku-buku Inggeris. “Everbody read English,” kata mereka dengan yakin.
Persepsi mereka itu tercipta oleh faktor bahawa mereka hanya masuk kedai-kedai buku yang menjual buku Inggeris sahaja, ataupun hanya masuk seksyen buku Inggeris sahaja.
Pembaca buku Inggeris tidak masuk kedai-kedai ataupun seksyen buku-buku Jepun, Cina dan Melayu, oleh sebab itu mereka tidak perasan pada perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam syeksyen-seksyen itu. Apa yang mereka tidak nampak, mereka yakin tidak wujud.
Saiz pasaran buku Inggeris sebenarnya sudah beberapa waktu tidak berkembang, setakat bertahan. Bagi sesetengah kategori buku, seperti novel popular, saiz pasaran buku Inggeris telah mengecut.
Namun, orang masih kekal dengan persepsi bahawa sektor buku Inggeris adalah sangat besar. Faktor utamanya adalah jumlah judul Inggeris yang banyak dipamerkan dalam kedai-kedai elitis. Buku Inggeris menang pada jumlah judul yang dipamerkan. Disebabkan judul Inggeris begitu banyak dalam kedai, ia mencipta persepsi seolah-olah sektor buku Inggeris terus mengungguli pasaran. Judul yang banyak juga menyumbang kepada perolehan yang banyak.
Kedua, buku Inggeris menang pada harga, yakni disebabkan harga jualan buku-buku Inggeris impot itu tinggi, maka ia juga mencipta ilusi seolah-olah sektor buku Inggeris kekal unggul. Harga yang tinggi juga menyumbang kepada perolehan yang tinggi.
Maklumat yang kita peroleh daripada sumber peruncitan buku menunjukkan sektor buku Melayu dan buku Cina sedang berkembang pada kadar yang lebih besar daripada sektor buku Inggeris.
Sebuah rangkaian kedai buku elit melaporkan, walaupun stok buku Melayu hanya 20% tetapi perolehan daripada judul Melayu adalah 40%. Ertinya, stok buku Inggeris yang sebanyak 80% hanya membawa perolehan 60%. Ini memunjukkan judul lawan judul, judul Melayu membawa perolehan lebih tinggi. (Foto kanan: Lawatan "makan sambil belajar" oleh geng RAMFC!)
Nota: Saya sangat setuju dengan pandangan dan info ini. Saya juga membaca buku-buku bahasa Inggeris. Namun dalam masa yang sama, tidak pula saya katakan, "I only read English books!" (Foto atas: Antara bahan bacaan saya)
Berkaitan: Toko buku Gramedia ambil tindakan tidak bijak banyakkan buku bahasa Inggeris
Buku Melayu membawa perolehan lebih tinggi
Golongan yang membeli dan membaca buku Inggeris mempunyai persepsi pasaran buku-buku Inggeris di negara ini adalah amat besar dan semua orang hanya membaca buku-buku Inggeris. “Everbody read English,” kata mereka dengan yakin.
Persepsi mereka itu tercipta oleh faktor bahawa mereka hanya masuk kedai-kedai buku yang menjual buku Inggeris sahaja, ataupun hanya masuk seksyen buku Inggeris sahaja.
Pembaca buku Inggeris tidak masuk kedai-kedai ataupun seksyen buku-buku Jepun, Cina dan Melayu, oleh sebab itu mereka tidak perasan pada perubahan-perubahan yang sedang berlaku dalam syeksyen-seksyen itu. Apa yang mereka tidak nampak, mereka yakin tidak wujud.
Saiz pasaran buku Inggeris sebenarnya sudah beberapa waktu tidak berkembang, setakat bertahan. Bagi sesetengah kategori buku, seperti novel popular, saiz pasaran buku Inggeris telah mengecut.
Namun, orang masih kekal dengan persepsi bahawa sektor buku Inggeris adalah sangat besar. Faktor utamanya adalah jumlah judul Inggeris yang banyak dipamerkan dalam kedai-kedai elitis.
Kedua, buku Inggeris menang pada harga, yakni disebabkan harga jualan buku-buku Inggeris impot itu tinggi, maka ia juga mencipta ilusi seolah-olah sektor buku Inggeris kekal unggul. Harga yang tinggi juga menyumbang kepada perolehan yang tinggi.
Maklumat yang kita peroleh daripada sumber peruncitan buku menunjukkan sektor buku Melayu dan buku Cina sedang berkembang pada kadar yang lebih besar daripada sektor buku Inggeris.
Sebuah rangkaian kedai buku elit melaporkan, walaupun stok buku Melayu hanya 20% tetapi perolehan daripada judul Melayu adalah 40%. Ertinya, stok buku Inggeris yang sebanyak 80% hanya membawa perolehan 60%. Ini memunjukkan judul lawan judul, judul Melayu membawa perolehan lebih tinggi.
Nota: Saya sangat setuju dengan pandangan dan info ini. Saya juga membaca buku-buku bahasa Inggeris. Namun dalam masa yang sama, tidak pula saya katakan, "I only read English books!" (Foto atas: Antara bahan bacaan saya)
Berkaitan: Toko buku Gramedia ambil tindakan tidak bijak banyakkan buku bahasa Inggeris
4 comments:
Saya pernah sembang-sembang dengan sdr. Attokz Dikulgai mengenai buku bahasa Inggeris (BI). Ingat mahu 'bersara' dari membeli buku-buku BI, tetapi sejak munculnya Book Xcess, tidak boleh tahan. Justeru itu kedai buku Popular dan Kinokuniya kini hanya menjadi medan melihat-lihat sahaja, sedangkan akan dibeli di Book Xcess!
Assalamualaikum
Bagaimana mungkin semua org membaca buku English, PPSMI pun minta dihapuskan.
Bukan mengungkit kisah lama ini sekadar pendapat.
Saya mencadangkan novel Negeri 5 Menara. Sekolah pondok yang menekan pelajarnya mahir didalam Bahasa English & Arab.
Mungkin pendapat ini jauh daripada entri yang dikeluarkan, tapi statistik menunjukkan pembaca di Malaysia memilih bahan bacaan berbahasa Melayu sebagai pilihan.
Alaikumsalam warahmatullah, sdr. Zonan. Pada hemat saya, untuk memahirkan diri dengan apa bahasa sekali pun, termasuk bahasa Inggeris, pendekatan PPSMI itu tidak betul. Yang mesti dilaksanakan ialah menambah masa pengajaran dan pembelajaran bahasa itu. Selainnya ialah dengan banyak membaca.
Saudara sudah sedia maklum, bukan, bagaimana saya mahirkan diri dengan bahasa Inggeris? Baca di sini. Saya tidak pernah membenci bahasa Inggeris, malah patut (kalau pun bukan wajib) difahami secara fasih.
Untuk Negeri 5 Menara, tunggu 27 Nov. 2010. Jom kita lepak di Batu Caves. Masih ada bajet?
Assalamualaikum...
Pendapat kita mesti ada yang berbeza..
Baru kembali daripada portal PTS.. Hajat dihati tinggi untuk mengapai 2 Naskah terbaru Impiana.. Namu budgetnya belum menjelma. Insya Allah kita tunggu akan harinya.
Selain itu ada benda lain yang menarik & mengembirakan hati saya diportal PTS. Mohon lihat dibahagia ulasan setiap link dibawah ini...
http://pts.com.my/index.php/buku/adi_gempa_evolusi/
http://pts.com.my/index.php/buku/rahang_maut/
http://pts.com.my/index.php/buku/pengembaraan-hang-jebat/
kesemua ini koleksi di pesta buku tempoh hari..
Post a Comment