19 Syawal 1431H - Mata ini tidak mahu kantup lagi di saat detik 2.50 am, 28 September 2010. Awal malam tadi usai Maghrib, saya dan isteri ke satu lokasi di Selayang bertemu seorang klien bagi membincangkan sesi katering perkahwinan anak lelakinya pada 10 Oktober ini.
Selesai berbincang bersama klien, saya dan isteri meneruskan perbualan dengan satu keluarga sahabat rapat dari Kepong. Kami tiba di rumah 10 minit sebelum detik 12.00 tengah malam.
Saya meneruskan kerja-kerja menyediakan lima sebut harga bagi katering keraian Hari Raya Aidilfitri yang masih tersisa. Usai kerja, saya melihat-lihat foto keluarga di dalam laptop yang dirakam di Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah di Rantau Panjang, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Tuan-tuan dan puan-puan pengunjung blog ini, masih ingatkah entri Saya membaca di mana-mana, hatta dalam bilik bersalin? Itu kisah kelahiran anak di hospital dan minat saya kepada buku-buku bermutu. Inilah wajah budak itu sekarang ini. Isteri saya, Chef Lusiana Catering, sering berkata kepada saya begini, "Budak kecil ini gedik betul bila melihat abang." Mengapa? Kerana setiap kali saya melihat dan menegurnya, anak ini akan tersengih-sengih dan seakan-akan mahu melompat supaya saya mendukungnya. Alhamdulillah.
Berkaitan: Perjalanan pulang berhari raya dari Kelantan dan Terengganu
P/s: Bila saya melihat wajah anak sendiri atau bayi orang lain saya tertanya-tanya, "Mengapa ada orang yang sanggup membuang anak?"

0 comments:
Post a Comment