Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

9 Syawal 1431H - Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya selamat tiba di rumah di Kuala Lumpur pada pagi Khamis, 16 Sept. 2010, sekitar jam 3.30 pagi! Perjalanan yang panjang bermula dari Rantau Panjang, Kelantan.

Saya sempat singgah satu jam lebih di Besut beraya kali ke-2 bersama em
ak saudara dan sepupu. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tersebut, saya singgah pula di Pantai Penarik, Setiu, barsantai bersama keluarga saya dan keluarga sepupu sambil makan sotong, ikan, udang tepung dan keropok losong.

Sepupu meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. Manakala saya pula merentasi bandar Kuala Terengganu menuju ke Jabor sebelum menjelajah Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Karak menuju Kuala Lumpur. Pemanduan malam yang sepi, lengang dan nyaman. Semua tol percuma!

Banyak yang mahu diceritakan dan dikongsi di sini. Saya akan ceritakan di lain entri, insyaAllah.
Salam ukhuwah di Aidilfitri 1431 Hijrah.

0 comments:


Photobucket
top