Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pengurusi rangkaian penerbit PTS melaporkan dalam blognya bahawa novelis buku jantan, saudara Zaki Zainol, kini memasuki salah satu anak syarikatnya, iaitu PTS Fortuna. PTS Fortuna bertanggungjawab menerbitkan kategori buku-jantan. Apa buku-jantan? Ia adalah novel yang turut merangkumi genre fantasi dan sains-fiksyen yang difokuskan kepada pembaca lelaki dewasa. Saya juga menyertakan pautan komen/resensi salah satu novel fantasi Zaki; Takluk Jagat: Bisikan Ariasha. Baca di sini.

Sebelum dari itu, Pengurusi PTS, Puan Ainon Mohamad turut menyiarkan komen saya terhadap buku
fiksyen siri Usahawan Cilik berjudul Taman Botani Harapan. Baca di sini untuk membaca resensi tersebut.

Post di blog Universiti Terbuka PTS itu menjemput beberapa komen susulan. Salah satunya seperti yang diberi
kan oleh saudara yang menggunakan nama Wattehack. Tanpa suntingan, beliau menulis:
“dulu aku follow jugak ulasan web sutra ni. Tapi lepas dia ulas buku Zaid Akhtar pastu cakap, buku Zaid Akhtar tak bagus sebab guna BMT. tak, ni, blabla, (wattehack) aku dah start annoying. Antara buku Zaid Akhtar dengan RAM (dia peminat tegar RAM), BMT (wattehack) Zaid jauh lebih bagus. Antara Zaid Akhtar dan Web, aku nak percaya tulisan siapa? U get the idea.”
Saudara faham apa yang dimaksudkan oleh saudara Wattehack itu? Andai saudara kurang faham, sila bertanya sendiri kepada beliau. Saya memberikan komen balas kepada saudara Wattehack, begini:
Sdr Wattehack, marah nampak? Salahkah saya menjadi peminat tegar Ramlee Awang Murshid (RAM)? Dan salahkah saya menegur penggunaan BMT dan mengkritik novel saudara Zaid Akhtar? Bukankah itu juga perjuangan PTS dalam memartabatkan BMT?.

Teguran saya justeru kerana sayangkan PTS. Nasib baik saya tidak menjadi penulis PTS. Jika tidak, mungkin saya bias.

Saudara bebas mengkririk, begitu juga saya. Kritikan saya menjurus kepada kebaikan, insyaAllahh. Kita semua bebas memilih, bebas mengundi dan bebas bersuara. Selagi bukan dengan niat memusnahkan, saya kira dibolehkan.
Kritikan saya terhadap novel Islami Salju Sakinah oleh saudara Zaid Akhtar di sini. Saya juga ada menerima komen melalui emel dari seorang penulis yang mengatakan beliau takut bila membaca ulasan saya. Saya tersenyum sendirian.

Saudara Zaid Akhtar ada menulis sebuah buku lain yang diterbitkan oleh Utusan Publications, bertajuk Justeru Impian di Jaring. Saya ada buat ulasan ringkas di sini. (Siapa Web Sutera? Baca sini)

4 comments:

Welma La'anda said...

Wah! Hehe. Tersenyum saya membaca artikel ini. :).

Zonan said...

Assalamualaikum Sahabat

Dah lama tidak meninggal jejak disini atau dimana-mana blog rakan-rakan.

Teruskan sahaja apa yang telah dilakukan.

Kita sesungguhnya tidak dapat memenuhi kehendak semua orang dan orang lain juga belum tentu dapat memenuhi kehendak kita.

Maka dengan itu hanya dengan teguran & 'usikan' mampu menghampirkan diri kepada kepuasan.

Web Sutera said...

Sdr. Welma, terima kasih atas senyuman. Ia bisa mengubat luka, insyaAllah :-)

Sdr. Zonan, lain macam sahaja bunyinya? hihihi..

Seperti yang saya kata, teguran demi kebaikan dan sokongan saya kepada PTS, bukannya bertujuan memunahkan. Walaupun teguran demi teguran saya terhadap buku-buku PTS, tidak pula saya memboikotnya. Malah saban hari, minggu dan bulan rak buku saya terus dipenuhi oleh buku-buku PTS; fiksyen dan non-fiksyen. Kalau boleh dikatakan begini: “Saya harus membeli rak buku baru hanya bagi menempatkan buku-buku PTS sahaja.”

Zonan said...

Assalamualaikum

Komen saya bersifat terbuka.. Bersetuju dengan apa yang saudara lakukan dan demi kebaikan.

Itu telah terbukti dengan banyaknya sumber rujukan saya untuk membeli novel yang bersesuai dengan selera saya.

Pihak yang ditegur jangan pula melenting, pandang sahaja daripada sudut positif dan katakan pada diri sendiri 'saya tidak mampu memenuhi kepuasan semua org'

Sekian

ps: Sedang membaca buku Kudeta..
setakat ini tidak mengecewakan.


Photobucket
top