
Salah satu penyediaan meja makan ialah keperluan makan VIP/VVIP. Pastinya apabila melibatkan meja VIP, dekorasi dan peralatan berlainan diperlukan. Itu perkara biasa kerana harganya juga relatif agak tinggi jika dibandingkan dengan sajian secara bufet.
Sudah tentu saudara pernah ke majlis keraian Hari Raya Aidilfitri yang pastinya dihidangkan dengan pelbagai juadah.
Sebagai penyedia perkhidmatan katering, saya sebenarnya tidak kisah kerana harga sudah dipersetujui untuk perkhidmatan VIP ini. Tetapi sebagai manusia, saya melihat dari sudut yang berlainan.
Majlis sambutan atau keraian Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah acara beramah mesra dan merapatkan silaturrahim, bukankah begitu? Jika memang begitu, apa alasan mengasingkan dan mengadakan jurang antara sesama manusia, apa lagi ketika makan.
Saya kerap menerima rungutan dari rakan-rakan dengan mengatakan bahawa VIP duduk sesama mereka, dan dalam masa yang sama membiarkan para tetamu bukan-VIP lain berlegar-legar tanpa dihiraukan oleh ‘VIP-VIP’ tersebut.
Saya mengakui rungutan rakan itu. Tetamu VIP hanya duduk di meja VIP dan berbual-bual sesama mereka. Hilang sudah semangat ramah-mesra dan bermaaf-maafan yang menjadi agenda utama mailis diadakan. Sudahlah di masa lain sepanjang tahun, memang payah untuk bersua muka dengan orang-orang VIP tersebut, di majlis keraian juga terjadi hal yang sama.
Bagi majlis-majlis lain yang bukan keraian Hari Raya Aidilfitri, itu hak mereka sebagai orang penting syarikat, komuniti, negeri atau negara. Memang hak mereka untuk dilayan mengikut kelas VIP. Tetapi tidak bolehkah hanya setahun sekali
(Gambar: Majlis meraikan pengantin pada 20 Dis. 2009 di Kepong, Kuala Lumpur. Untuk perkahwinan juga ada meja VIP disediakan. Namun kes ini berbeza.)
2 comments:
Budaya penjajah masih kuat bersarang dlm kehidupan kita. Jelaslah kita sebenarnya belum merdeka! Kebanyakan kita 'segan' untuk mengambil Rasulullah SAW sebagai 'uswaton hasanah' dlm kehidupan seharian. Penghijrahan kita juga belum 100%.
Peringatan kpd diri sendiri yg masih merangkak2 utk meng'duplicate' kehidupan ummul mukmineen r.a.
Allahua'laam.
Tasbih kafarah "subhanallah wabihamdika....."
Wasalaamualaikum.
Salam,
Peraturan-peraturan macam inilah yang telah dibudayakan oleh masyarakat Malaysia siapa besar/kaya ia berkuasa sepenuhnya. Contoh, kat pejabat parking berhampiran pejabat adalah VVIP sepatutnya OKU lebih memerlukan. Jadi perkara begini terbawa-bawa sehinggakan bila pegang stering kereta ia rasa besar dan berkuasa hinggakan membawa kereta mengikut nafsu hinggakan orang nak melintas jalan pun makin laju dipecutnya.
Itulah salah satu budaya 1malaysia.
Post a Comment