Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Saudara, sebagai salah seorang umat Islam dari berbilion di seluruh dunia, aku cukup terkesan dengan polemik yang sedang terjadi ekoran dari keputusan mahkamah membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam penerbitan bahasa Melayu Herald Weekly.

Aku tercari-cari penerangan yang ampuh bagi menceriakan nubari yang sedikit kalut. Apa yang pasti ‘mereka’ sudah berjaya mengelirukan jutaan umat Islam di Malaysia, juga ratus jutaan lagi yang mengikutinya di seantero jagat. ‘Mereka’ berjaya membuatkan para ilmuan Islam di Malaysia saling bertingkah memperikan pandangan masing-masing berdasarkan ilmu ALLAH yang sedikit dipinjamkan itu.


Konspirasi ‘mereka’ seakan-akan berjaya. Namun aku percaya, ALLAH yang Esa itu akan mematahkan hujah-hujah ‘mereka’.


Siapakah ‘mereka’ itu? Saudara boleh tafsirkan dengan pelbagai persepsi sendiri. Buka mata, buka minda. Akhirnya buka mata hati bahawa ALLAH berkata dalam Quran, “Dialah ALLAH, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asma al-husna.” (Surah Taha, ayat 8)


Aku tercari-cari dalam banyak buku yang aku miliki. Aku tahu p
egangan nubari sendiri. Tetapi aku tidak tega untuk memberi penghujahan ilmiah kerana ceteknya ilmu yang ada padaku. Hanya ALLAH yang Maha Berilmu dan Maha Luas PengetahuanNya.

Dan, alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din menyebat ‘mereka’. Satu lagi curahan ilmu aku dapat hadamkan datangnya dari seorang ulamak muda, Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi. Hati aku tenang, Jiwaku pasrah kepada ALLAH.


Aku sayang ALLAH, aku rindu ALLAH, aku cinta ALLAH. Kebenaran adalah kebenaran, walaupun dalam ruang lingkup yang gelap gelita. Satu lagi yang pasti, aku menentang sebarang unsur provokasi dari mana-mana pihak. Ustaz Nasrudin menulis begini:

Banyak pihak begitu marah dan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tinggi baru - baru ini yang membenarkan sebuah akhbar [Herald] menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.

Pendirian saya sendiri jelas dan tidak pernah berubah sehingga saat ini, bahawa kalimah Allah SWT adalah
Lafzul Jalaalah yang merujuk kepada keesaan Allah SWT.
BACA PENUH

4 comments:

Web Sutera said...

Church attacks condemned, concerns grow (Harakahdaily)

Tindakan yang bodoh, bangang dan tidak bertamadun. Ini yang saya kata 'unsur provokasi' yang saya BENCI SANGAT-SANGAT! Un-Islamic & un-democratic!

KUALA LUMPUR, Jan 8: The attacks on three churches, with a fourth in Kampung Subang being investigated by the police, have shocked Malaysians at home and abroad. Their caring nature and concern for the safety of their family, friends and fellow Malaysians manifested itself in the form of rapid-fire searches on the Internet.

News websites, such as Malaysiakini, Malaysian Insider, The Star Online, Malaysian Mirror, Harakahdaily and Malaysia Today, experienced huge numbers of visitors, unseen since the height of the Teoh Beng Hock case and the Perak crisis.

But what is done is done. Much as we despise today's cowardly attacks, it has become part of our history - 'a low point' in the words of a prominent civil society leader. It has also been described as a 'test case' and a 'trap'. Not just for Prime Minister Najib Razak and his 1Malaysia plan, but for Malaysians themselves.

Will we do anything about today, Black Friday, or shall we forget - as we have often done in the past - and allow sleeping dogs to lie? Remember, we deserve the leaders we choose, the government we elect. Perhaps, it is time to really reflect and think again of the type of future we want to leave for our children.

Provided, of course, that we are allowed to do so. Indeed, the buzz is growing among pundits that this is deliberate - another Operations Lalang in the making, another May 13, 1969, except that this is January and the year is 2010.

Has enough changed since then? No? Then do something about it.

Abdul Hadi Awang, PAS president
We condemn in the strongest way the attacks on the churches. This sort of action contradicts the teachings of Islam. It can only be done by people who do not understand their own religion. We had previously warned Umno against politicisng the Allah issue just to gain mileage with the Malay voters and we are now saddened to see the outcome.

Zamsi said...

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengutuk perbuatan menyerang dua buah gereja iaitu Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya.

Ketua Penerangannya, Salbiah Abdul Wahab dalam satu kenyataan berkata, DMPP yakin perbuatan provokatif itu sengaja dirancang pihak tertentu untuk mewujudkan kekecohan di kalangan masyarakat.

Peminat Faisal said...

Penulis Faisal Tehrani menulis dalam blognya:

"Kejadian pembakaran gereja di Lembah Kelang adalah satu perbuatan bodoh yang terkutuk. Dalam suasana yang mendorong protes dan perbahasan hangat mengenai penggunaan kalimah Allah, kita semua hendaklah menyedari bahawa tidak mustahil ada tangan asing mahu mengambil kesempatan oleh keadaan rapuh ini dengan memporak perandakan kestabilan negara kita."

Web Sutera said...

Perbuatan Bakar Gereja Berdosa, Kata Nik Abd. Aziz

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata tindakan cuba membakar empat buah gereja di sekitar Lembah Klang semalam adalah perbuatan berdosa dan akan menerima balasan di akhirat nanti.

"Jadi tiap-tiap orang nak bakar gereja...dia kena reti, gereja ini harta kawan kita orang Kristian...bila kita bakar kita telah melukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak," katanya.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menutup majlis Taklimat IsuIsu Penerangan PAS Pusat di sini hari ini

Katanya perbuatan membakar gereja di sebalik kehangatan bantahan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh terjadi apabila segelintir rakyat kehilangan sensitiviti dan kesucian agama dalam diri masing-masing.

Katanya apabila orang tidak mempunyai nilai sensitiviti agama maka perbuatan membakar gereja tidak menjadi masalah kepada pelakunya kerana mereka tidak mengenal soal dosa atau pahala. -BERNAMA

top