Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Pada 13 November 2009 lalu, akhbar Singapura, The Straits Times (baca sini), juga dipetik oleh laman web 1Malaysia (baca sini), melaporkan PM Najib memuji bekas presiden Amerika Syarikat George W. Bush atas polisi perdagagan bebas (free trade) yang dilaksanakan di era penjenayahan terroris dunia itu.

“MALAYSIAN Prime Minister Najib Razak on Friday praised former United States president George W. Bush for his staunch support of free trade, and urged other leaders to do the same.

"I have been saying privately, but I might as well say it publicly, that the thing I liked about President Bush's foreign policy is that he was very pro-free trade," he said at a panel session at the Apec CEO Summit 2009. "Frankly I don't like the other policies, but I like his policy on free trade."
PM Najib memuji polisi seorang terroris seperti George W. Bush ini? Bush bapa dan anak, kedua-duanya adalah terorris dunia yang merosakkan imej dan dunia Islam. Kedua-dua penjahat dunia ini membunuh ribuan umat Islam di seluruh dunia.

Mana mungkin polisi terrroris itu betul. Semua polisi, walaupun di atas tema kemanusiaan, keamanan sejagat atau war on terror, semua bertujuan untuk membunuh pemimpin, umat dan negara umat Islam. Kalau boleh Bush mahu bunuh Allah!


Saya terkejut dengan pujian oleh seoran
g perdana menteri dari negara umat Islam yang bernama Malaysia. Nampak sangat Najib dangkal dalam mengemukakan pandangan. Beliau tidak melihat apa yang tersirat. Tidakkah Dato’ Seri menyorot sejarah akan apa yang Bush lakukan terhadap umat Islam di Palestin, Iraq, Iran dan banyak tempat lagi?

Walau apapun Bush bapa dan anak adalah penjenayah dan terroris maha agung! Semua polisi luar negara, polisi dalaman negaranya, polisi keselamatan, polisi keamanan, urus niaga yang dicanang sebagai free trade, SEGALANYA tipu muslihat yang dirantai Zionis Yahudi bermuka syaitan!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) p
ernah menjadi bos saya semasa bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Bekas timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan penggiat sastera Melayu yang terus berjuang.

Dalam komentar terkini
di blognya, Baha Zain menulis:
"Bekas perdana menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa.

Tuduhan tersebut akhirnya tidak terbukti, tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair."

Kata Baha Zain lagi:
"Janganlah fikir bahawa semua rakyat ini bodoh, memekakkan telinga dan memejamkan matanya terhadap persekitarannya. Malahan Perdana Menteri dan anggota kabinetnya pun sedang diletakkan di bawah kaca teropong untuk dianalisis ucapan dan perbuatannya."
Berkaitan: Who’s the “real” George Herbert Walker Bush?
George Bush lagi!

The Hunt For Bin Laden penuh propaganda jahat terhadap Islam

3 comments:

mohamad kholid said...

sakit kepala mendengarnya!

Web Sutera said...

Sdr Mohamad Kholid, itulah maksud saya. Memang sakit kepala. Aduhai!

Utz. Melaka said...

Subhanallah! Cerita sengal.


Photobucket
top