Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Kesederhanaan dalam menyediakan tempat tinggal walaupun dia seorang pemimpin adalah lebih menepati kehendak Islam. Lihatlah kehidupan Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah (pemerintah) yang mempunyai empayar kerajaan Islam yang besar. Kematiannya telah diratapi oleh King Charles raja Perancis yang hidup sezaman dengan Umar bin Abdul Aziz. King Charles memujinya dan menanggap Umar sebagai seorang pembesar negara Islam yang patut dicontohi.

Menurut King Charles, bahawa Umar bin Abdul Aziz meskipun dia memiliki kerajaan yang besar, menguasai perbendaharaan negara, namun kehidupannya amat sederhana, tidak memiliki istana, hanya rumah biasa seperti rumah yang dimiliki oleh rakyat biasa yang miskin. Dialah sebenar-benar ulama dan pembesar negara.
(Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dari buku Mutiara 2 Tok Guru)

Apa yang menjadi masalahnya ialah manusia lebih bertanya isi perut mereka darpada bertanya hati nurani. Apabila manusia menjadikan isi perut sebagai tempat bertanya, maka mereka manjadi lebih hina daripada isi perut itu sendiri, dan mereka akan menerima kehinaan di dunia dan di akhirat. (Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang)


Allah berkata dalam al-Quran:

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah”. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar (pemimpin) kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”. (Surah al-Ahzab, ayat 66-67)

Maksud ayat di atas ialah Allah menjelaskan kepada kita bahawa terdapat di kalangan ahli neraka itu orang-orang yang bersetuju dengan pemimpin dan pemerintah yang terpesong dari ajaran Allah. Azab sengsara yang dikenakan kepada kita dalam neraka lantaran kita mengikut dan memilih pemimpin tidak berdasarkan Islam.

Ahli-ahli neraka itu biarkan sahaja siapa yang memerintah mereka di dunia, membiarkan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah, dan membutakan mata dan hati terhadap sebarang undang-undang yang tidak bertunjangkan al-Quran dan ajaran Rasulullah.

“Ya Allah, lindungi aku, isteriku, anak-anakku dan zuriatku dari menjadi hamba kepada sesama manusia. Hanya padaMu Allah yang aku sembah.”

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top