
Abbas Yusof, 72, bapa kepada Faridah, berkata buku berjudul "Orang Hilang Ayah Terroris" dihasilkan anaknya, seorang guru tadika Islam di Johor Baharu, kerana ia amat menyanjungi suaminya yang dianggapnya mati syahid.
"Tidak ada perasaan kesal di pihaknya terhadap apa yang telah berlaku,” kata Abbas Yusof seperti mana dipetik Bernama.
Abbas, seorang peniaga kecil-kecilan berkata, hasil perkongsian hidup di antara allahyarham Mukhlas dengan anaknya, mereka telah dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan.
Ditanya adakah beliau kesal kerana menjadikan Mukhlas menantunya, Abbas berkata, "Saya akan mengingati beliau (Mukhlas) sebagai seorang pejuang dan menantu yang baik terhadap keluarganya.”
Entri berkaitan: Mereka syahid – penyokong ‘pengebom’
Baca buku sejarah Islam jadi teroris?
*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.
0 comments:
Post a Comment