Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Sahabat, apa yang aku mahu ialah Islam memimpin, bukan sahaja untuk umat Islam malah semua bangsa dan agama di Malaysia. Berbeza pendapat di kalangan pimpinan PAS dan pelbagai etnik di negara ini bukan faktor penghalang untuk kita melihat sebuah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang prihatin.

Cuma aku sangat berharap para pemimpin PR jangan terlalu emosional dalam mengemukakan pandangan masing-masing, termasuk PAS. Cari titik persamaan, bukan
perbezaan yang dibesar-besarkan. Jangan ikut arus komentar akhbar perdana yang dimiliki oleh kerajaan BN. Ini benar untuk semua akhbar, sama ada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina.

Aku tidak ada kepentingan dalam PAS, PKR dan DAP, apatah lagi dalam UMNO dan BN. Aku hanya ingin melihat sebuah Malaysia yang harmoni dan saksama, jika bukan untuk aku pun tetapi bagi anak cucu aku.


Islam bersahabat dengan semua bangsa dan agama. Tiada paksaan dalam beragama. Islam tidak membenci agama lain dan agama suci ini tidak memerangi orang lain.


Aku sangat berharap laman berita internet melaporkan berita-berita yang benar da
n jitu supaya rakyat Malaysia boleh berfikir. Jangan ceduk berita dan analisa yang dangkal dan berkepentingan dari akhbar-akhbar arus perdana. Walaupun ianya dikategorikan sebagai ‘arus perdana’, tetapi kebanyakan akhbar tersebut mempunyai agenda segelintir pemimpin yang rakus dan ingin mengekalkan hagemoni yang sekian lama membarah dalam masyarakat.

Secara khusus, wahai Harakahdaily dan Malaysiakini, aku sentiasa mengikuti laporan kalian, walaupun terkadang pedih menusuk ulu hati.


Mari baca kenyataan YB Khalid Samad mengenai sedikit peralihan kepimpinan PAS Selangor. Demi untuk kebaikan semua, insyaallah.


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menjelaskan bahawa beliau bersetuju diganti jawatan sedia ada bagi memberi peluang Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato' Dr. Hassan Ali membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakan Rakyat.

Katanya, Hassan Ali berhak untuk mempunyai kumpulan yang memberi sokongan penuh kepadanya agar beliau dapat melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk memenuhi objektif yang telah dipersetujui parti di dalam muktamar lepas iaitu memastikan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya.


Perkara ini bukanlah soal mengongkong perbezaan pendapat tetapi untuk memberi peluang kepada kepimpinan yang ada bagi melakukan yang terbaik untuk Ngeri Selangor.

"Ia adalah soal memberikan Dato' Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.” (Sumber: Harakahdaily)

(Gambar kulit buku: Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara &
Winning Strategies of Anwar Ibrahim yang aku miliki. Akan dibaca, insyaallah)

*** Saya menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis. Menu yang pelbagai boleh disediakan; masakan Melayu, resepi Cina & India halal, serta makanan ala-barat. Sila rujuk blog katering.

0 comments:


Photobucket
top