Sebelum ini mungkin tuan puan sering tertanya-tanya, bagaimana untuk hidup senang lenang tanpa perlu berhadapan dengan masalah kewangan yang menyeksakan. Mungkin ada di antara tuan puan yang mula beranggapan untuk hidup selesa serta bebas daripada masalah kewangan adalah dengan mendapatkan lebih banyak wang! Tetapi benarkah memperoleh wang yang banyak dapat menyelesaikan segala-galanya?
Wang yang banyak sebenarnya belum tentu dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan tuan puan. Mungkin ianya dapat membantu tuan puan untuk seketika, namun jika tuan puan tidak tahu menguruskan kewangan dengan betul, memperoleh wang yang banyak boleh menyebabkan tuan puan terjebak dalam masalah kewangan lain dengan beban kewangan yang lebih besar pula!
Beberapa tahun tidak lama dahulu, saya dan isteri memiliki lima kad kredit dari beberapa institusi kewangan. Justeru sikap saya yang ‘tidak kedekut’ dan tidak pandai menguruskan kemudahan kredit tersebut, hutang kad kredit semakin membebankan. Pada mulanya memang seronok berbelanja, maklumlah bayar banyak kepada peniaga, tetapi kita hanya perlu bayar 5 peratus sahaja dari jumlah sebenar kepada institusi kewangan.
Pastinya sebahagian kecil perbelanjaan saya ialah membeli buku dan novel yang memenuhi rak buku di rumah. Pihak institusi kewangan pula bila melihat rekod bayaran kita bagus, mereka akan menaikkan had kredit saban tahun. Kenaikan had kredit secara tidak langsung turut menaikkan ‘semangat’ saya dan isteri untuk kian tidak kedekut. Sampai ketika saya dan isteri mulai terasa bebanan kad kredit tersebut.
Tidak salah memiliki kemudahan kad kredit, namun tuan-tuan dan puan-puan mesti memiliki disiplin yang tinggi dalam menguruskan perbelanjaan. Jangan jadi gila dengan kemudahan yang diberikan. Pengalaman banyak mengajar saya dan isteri.
Berkaitan dengan hal ini, di sini ada sebuah ebuku bertajuk Tip Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif. Turut terangkum di dalamnya ialah perihal kad kredit. Sinopsis seperti di bawah.
Hari ini ramai yang merasa cukup selesa dan gembira kerana memperoleh pendapatan bulanan yang stabil dengan jumlah gaji yang baik dan lumayan. Ramai juga berjaya meraih pendapatan sampingan mencecah ribuan ringgit sebulan. Bahkan ada yang boleh berbangga dengan kejayaan mereka yang pernah mengaut keuntungan RM1 juta dalam perniagaan mereka.
Namun begitu, itu kisah memperoleh pendapatan. Ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan dan wang yang banyak tetapi berapa ramai yang boleh menguruskan wang mereka dengan lebih baik dan efektif?
Saya percaya tidak ramai, bukan? Ini kerana ilmu mendapatkan wang dan juga ilmu pengurusan wang adalah dua perkara yang berbeza. Mendapatkan wang satu perkara yang penting tetapi menguruskan wang dengan efektif adalah perkara yang lebih penting!
Memperoleh wang yang banyak belum tentu membuatkan kewangan kita berada dalam kedudukan kewangan yang baik dan stabil. Ini kerana lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah kewangan sebaik sahaja memperolei wang yang banyak. Kenapa begitu? Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya. Sudah tentu jawapannya kerana gagal menguruskan wang dengan baik dan teratur.
Semua orang tahu yang wang itu tidak mudah untuk diperoleh. Ini kerana ianya tidak tumbuh semudah daun-daun di dahan pokok. Namun begitu adalah tidak mustahil untuk kita membuatkan ianya ‘tumbuh’ dengan baik jika kita tahu teknik bagi menguruskannya dengan bijaksana.
Ebuku ini akan membincangkan perkara tersebut di atas. Bagaimana untuk menguruskan wang dengan efektif. Masih ramai yang tidak jelas dengan perkara ini. Kita dapat lihat ramai orang yang membuat wang dan menguruskannya dengan cara yang tersendiri tetapi hakikatnya tidak faham dengan apa yang telah mereka lakukan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan siapa penulisnya dan bagaimana untuk mendapatkan ebuku ini, sila ke sini.

0 comments:
Post a Comment