Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Dengar khabar lebih dari separuh e-buku paling laku di Kindle, iaitu versi buku elektronik dari Amazon.com, kini boleh diperoleh secara percuma. Walaupun memang sejumlah judul yang ada sudah tersedia percuma di laman web lain, seperti “Pride and Prejudice” karya Jane Austen, tapi banyak juga karya oleh penulis yang masih berusaha mendapat penghidupan dari hasil kerjanya.

Minggu ini contohnya, ranking satu dan dua daftar paling laku Kindle ditempati oleh “Cape Refuge” dan “Southern Storm”, dua novel karya Terri Blackstock, penulis genre thriller Kristen. Harga keduanya kosong dollar US, setidaknya hingga akhir bulan.

Itulah strategi penerbit Blackstock (Zondervan), bahagian dari penerbit HarperCollins, yang memberi kesempatan para pembaca mendapatkan buku elektronik percuma melalui Kindle atau aplikasi Kindle pada iPhone dan Windows. (Berita asal dipetik dari Buku Indonesia)


Namun begitu, bila saya memeriksa servis Kindle untuk penghantaran ke Malaysia, ini mesej dari Amazon.com: “Unfortunately, we are currently unable to ship Kindles or offer Kindle content in Malaysia.”


It is said that strong reception for the Kindle, the brainchild of web retailer Amazon, is attracting a growing number of developers looking to tap interest in devices that let consumers read newspapers, magazines and books in a digital form that updates wirelessly and saves paper.


Nevertheless, I don’t know when an e-book can replace paper based book that dominated the market for a very long time. To be honest, I still don’t see any drastic change in people’s habit to see, touch and hold book. In Malaysia, e-book seems not popular, yet.


Namun sudah banyak laman web yang menyediakan karya sastera secara online, dengan membaca menerusi skrin komputer ataupun penulis menyediakan e-buku bagi topik tertentu dalam format PDF. Ini adalah perkembangan yang baik. Namun e-buku menggantikan buku bercetak yang ada sekarang, saya rasa tidak. Industri dan pembaca masih tetap selesa dengan buku-buku yang boleh dilihat, dirasa dan dipegang. Betulkah?

3 comments:

abu razeen said...

sokong.. contohnya saya, saya seorang traveller (komuter pi balik kerja KL -Shah Alam lima hari seminggu)(spouse visitation Shah Alam-JB 2 minggu sekali), untuk membacanya secara online almost impossible, kerana masalah jalur lebar. meskipun saya pengguna smart phone namun kaedah pembacaan masih kurang praktikal disini (masalah coverage). Buku secara fizikal lebih praktikal, tambahan yang berkulit lembut. ia mudah dilipat dan dipegang dengan sebelah tangan memegang kerusi (majoritinya saya berdiri)


Secara pribadi saya kurang suka baca dari komputer, sebab penggunaan komputer di kalangan pekerja peratusan dihabiskan semasa waktu kerja dan untuk buat kerja, manakala selain waktu kerja dihabiskan untuk bersosial.

Membaca dalam komuter tak ramai yang boleh. mungkin masalah graviti instable, komuter bukan macam bullet train, gegarnya masyaAllah so hanya orang yang benar-benar focus dan kepalanya anti-vibration yang boleh memberi penumpuan dan Alhamdulillah saya dalam golongan tersebut.

Dari semalam sampai 1/2/2010 ada book fair dekat stadium malawati shah alam, ada banyak diskaun, petang ni InsyaAllah nak cari buku John Grisham (the accomplice) dan buku anak-anak.

abu razeen said...

disini ada ebook juga!

http://www.free-ebooks.net/ebook/For-My-Wife/pdf/view

Satu lagi pesta buku Karnival Karangkraf di Shah Alam, sampai 1/2/2010.

Web Sutera said...

Sdr Abu Razeen, terima kasih atas perkongsian info. Saudara patut sertai program BACA@LRT bulan ini pada 20 Feb.

Ya, berkenaan dengan jualan buku, saya akan ke Utusan di Shamelin. Ke Shah Alam, mungkin tidak.


Photobucket
top