Dalam
buku Berfikir Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah, saya
kutip kata-kata Rasulullah, para Sahabat, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Tuan
Guru Dato' Seri Abd. Hadi, dan para Champion Muslim dan non-Muslim. Kemudian
saya ulas dan sesuaikan dengan tajuk bab. Itu semua politik yang sesetengah
orang kata 'tidak suka politik'. Semua kandungan buku saya ialah politik.
Seorang sahabat ingatkan saya akan Maulidur Rasul pada 24 Jan. 2013. Itu politik. Membaca sirah dan biografi baginda juga politik. Amalkan sunnah Baginda juga politik.
Kaki melangkah menaiki tangga ke kedai buku di Puduraya pada 12 Januari 2013. Usai sesi bercakap fasal buku, saya dan isteri berborak dengan dua orang rakan di medan makan. Itu politik. Jalan beriringan dan sederap bersama isteri. Itu politik. Politik berpasangan.
Sebelum itu sempat saksikan perkumpulan rakyat yang berjalan ke Stadium Merdeka. Saya berjalan dengan isteri berdua-duaan ke kedai buku 1Malaysia itu. Kemudian melihat pergerakan peserta HKR112 sambil berkata, "Huh, hebat!"
Insan kerdil ini terasa kecil berada di kedai buku 1Malaysia. Usai urusan di kedai buku dan makan, bersama isteri menyaksikan rakyat berbaju kuning, hijau dan merah menaiki LRT. Semua menjadi baik andai tiada provokasi 'orang-orang itu.'
Ya, foto ini (kiri) juga politik. Allah sudah kata, "Tiada paksaan dalam beragama." Itu ayat politik dari Allah. Islam bersahabat dengan semua bangsa manusia.
Untuk sebuah makin hamun dalam Facebook terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112, ini khas untuk kamu.
Aku bukan sepertimu, kawan
Maki hamunmu ibarat petir
... Namun yang sakit adalah kamu
Justeru aku tahu
... Aku inginkan sebuah Malaysia yang lebih baik.
Usai sesi bicara buku di kedai buku 1Malaysia UTC Puduraya (foto kanan - kredit: Cikpuan Hazliana Zahar), saya bertanya kepada staf pemasaran Must Read, Tuan Suhaimi, "Tuan fokus seksyen mana?"
Beliau menjawab, "Pantai Timur."
"Okeykah? Dengar orang kata, orang Kelantan suka majlis ilmu, tapi kurang suka beli dan baca buku."
"Mengikut edaran buku kami, di Kelantan yang paling banyak jualan, berbanding Terengganu dan Pahang."
Saya senyum.
Hijrah Champion | Kalau tidak sokong sesuatu yang sukar dimengertikan, okey dikira boleh. Namun kalau sudah sedia faham dan tahu ada kebatilan, andai tidak benci juga (walaupun dalam hati), itu dikira degil.

0 comments:
Post a Comment