Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Penulis novel kanak-kanak dan remaja ngetop, Cikgu Wan Zayuhisham bin Wan Yusoff (foto), menulis, “Petang tadi singgah di Galeri Ilmu untuk mendapatkan buku motivasi terbaharu ini. Sebuah buku penuh makna hasil tulisan sahabat penulis Web Sutera. Saya jangka dan doakan buku ini laku keras, insya-Allah.

Bab 10: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal antara yang mengesankan saya. Tak ramai yang mampu 'mengalahkan' cabaran kecuali orang yang memiliki HATI CHAMPION.”

Untuk sahabat yang kena tipu dalam bisnes online, diharap bersabar. Dalam bisnes offline seperti katering juga tidak lepas dari penipuan. Dalam buku ini ada ceritakan yang saya pernah kena kapur hampir RM11 ribu. Namun saya bersabar disamping berusaha dan bertawakal. Insya-Allah, ada hikmah.

Kumpul demi kumpul oleh seorang hamba Allah. Alih-alih jumlah total hampir RM11 ribu. Saya kutip perlahan-lahan, sikit demi sedikit. Hamba Allah itu siap isu tiga cek tendang! Heh! Sabar menjadi penebat, insya-Allah.

Sehingga duit tipu itu hanya tinggal sekitar RM7 ribu. Kemudian saya sudah malas mahu kejar, justeru itu 'bayaran tunai' untuk dosa-dosa saya, walaupun ada sahabat bertanya, “Abang tak mahu gunakan bouncer?” 

Penulis: Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 
Tebal: 200 muka surat
ISBN: 978-983-097-342-5
Harga: Sem. Malaysia (RM17.00) atau Sabah & Sarawak (RM19.00)

Sinopsis penerbit

Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam. Menjadikan Rasulullah SAW teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki. Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.

Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.

Insya-Allah, boleh dibeli online di sini.

0 comments:


Photobucket
top