50 Sup Champion Resipi Rasulullah bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan
hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah
hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat
dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini.
Ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap. Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.
50 Sup Champion Resipi Rasulullah ini saya harapkan dapat dimanfaatkan oleh kita, manusia yang cuba ingin berubah. Saya pernah jatuh, pernah miskin, juga pernah hampir mengalah. Alhamdulillah, saya hambat hasutan durjana Syaitan itu menjauh dari sanubari. Saya berdoa dan berusaha. Saya bangkit dan bertawakal. Akhirnya saya berjaya. Kalian juga boleh, justeru semua kita adalah Champion yang hebat!

Untuk anak-anak bangsa yang saya sayangi, jom kita berubah. Jangan berada
di takuk lama yang usang. Usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, ada sinar di
hujung yang kelam, andai tahu mencicip sup herbal berkhasiat.
Salam mesra dan kasih sayang dari seorang hamba Allah yang tiada apa
selain cinta sebesar dunia yang saya ingin bentangkan. Rukuk dan sujudlah,
wahai Champion! Demi Dia yang Maha Agung, saya nukilkan perkisahan.
Demi seorang manusia, daku sayang padamu. Ciciplah bersama, insya-Allah,
justeru kamu adalah kaum kerabat daku.
Allah berkata, “Dan berilah peringatan
serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah as-Syu’ara, ayat 214)
Harga :
24.90 (Sem. Malaysia), RM27.90 (Sabah & Sarawak)
Tebal :
302 muka surat
Penulis : Web Sutera (Hizamnuddin Awang)
ISBN :
978-967-0392-45-5
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd. (2013)
@@@@@@@@
Tugas
dan tanggungjawab editor dan desainer amat penting dalam mentransformasikan
sesebuah manuskrip menjadi buku yang baik. Mereka adalah penggerak profesional
yang menjadi ejen perubahan. Saya pernah bekerja dengan Dato' Baha Zain sebagai
editor, dan faham ajaran beliau bahawa, "Editor adalah jawatan
profesional. Bukan setakat betulkan salah ejaan sahaja."
Pada 19 Disember 2012, saya ada aktiviti dan berita seperti di bawah:
(1) Sambung tulis manuskrip Hijrah Champion.
(2) Cetak manuskrip novel Konstantinopel: Menjulang Panji al-Fateh setebal 773 muka surat @RM77.30. Hampir 1 jam di kedai Cina, pencetak sangkut!
(3) Pergi ke ofis Must Read jumpa dan berbincang dengan sebarisan editor hebat. Ambil naskhah penulis dan tandatangan surat janji penerbitan buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Berita gembira lain; proposal diterima untuk projek penulisan seterusnya.
(4) Jumpa Tuan Ann Wan Seng. Saya menyuakan buku sambil berkata, "Ustaz, ini buku saya." Beliau menjawab, "Wah, bagus! Sudah tulis berapa buah buku?" Sembang jadi panjang. Buku saya Buat Duit dengan Katering beliau turut membelinya pada awal diterbitkan.
(5) Pergi ke ofis Galeri Ilmu Sdn Bhd. Berjumpa dan berbincang dengan para editor yang hebat. Serahkan hard copy manuskrip. "Mak oii! Tebalnya!" Kata seorang editor. Dua orang besar bertanya, "Konstantinopel sudah siap?" Saya jawab, "Sudah, Tuan Haji."
(6) Keputusan PMR anak sulung cemerlang. Alhamdulillah.

1 comments:
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...
Post a Comment