Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Lebih kurang satu tahun yang lepas, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat, memohon izin untuk mengambil sedikit karya picisan saya yang berada di blog homestay saya. Saya memberi keizinan dan terus terlupakan sehingga semalam.

Saya membaca sebuah buku karya sahabat saya dan terbaca karya picisan itu berada di dalamnya. Selain itu terdapat beberapa lagi kisah yang mungkin akan memberi inspirasi kepada pembaca.

Sahabat saya itu adalah Tuan Web Sutera. Mengenali beliau dan cara penulisan beliau dapatlah saya simpulkan gaya penulisan beliau adalah 'MEMBACA UNTUK MENULIS' kerana beliau suka membaca dan pekara yang dibaca akan beliau masukkan ke dalam hasil karya beliau.

Melalui karya terkini beliau, 50 Sup Champion Resipi Rasullullah, beliau meneroka bukan sahaja buku ilmiah, malah menjelajah daripada satu blog ke satu blog untuk meneliti sumber yang bersesuaian untuk dijadikan hasil karya. Beliau buat adaptasi di sana-sini.

Resipi yang berharga sekali sudah tentulah pesanan tinggalan jujungan kita Rasulullah. Namun tidak kurang bernilai adalah pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan katering.

Ada bahagian yang saya kurang gemar dalam buku ini (beliau tahu apa bahagian itu) namun ia tidak mencacat resepi buku ini.

Kepada rakan-rakan yang lain, buku ini berbaloi jika anda mencari satu sumber inspirasi. (** Tuan Zonan Villa) 

@@@@@@@ 

Alhamdulillah. Dari Cherating, Pahang, saya membaca catatan ini.

Testimoni dan komentar yang baik, dan saya faham bahagian mana yang Tuan Zonan Villa kurang gemar itu. Tidak mengapa, justeru bahagian itu adalah pelengkap semua catatan dan ceritera yang saya luahkan dari isi hati. Terasa tidak lengkap seandainya ‘bahagian itu’ tidak saya masukkan justeru ia penguat hujah. 

Dalam novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab RajaZulqarnain, 'bahagian itu' juga yang beliau kurang gemar, tapi tetap dibaca. Terima kasih, teman, itu jua yang ingin saya sampaikan.

Buku ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng, melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk umat manusia sejagat.

Resipi 50 bab juga merangkumi kisah kita, kisah tuan dan cikpuan, cuma dilihat dari sisi berlainan oleh saya. Untuk kalian juga, insya-Allah.

@@@@@@@ 

Pada mulanya setiba di Cherating, tidak mahu menulis, hanya membaca. Namun tidak boleh. Ada sahaja yang perlu dicatat, justeru saya ingin lestarikan anugerah Allah ini. Mungkin berasa menyesal mengapa saya tidak mulakan pada usia 20-an, namun Allah ada janji-Nya tersendiri.

Berkaitan: Ciciplah bersama 50 Sup Champion Resipi Rasulullah

0 comments:


Photobucket
top