Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah Taala. Malam 23 Januari 2014 adalah malam ketiga saya
membaca kandungan buku sendiri, Hijrah
Champion Gaya Rasulullah yang diterbitkan oleh Must Read.
Buku ini tidak tebal, hanya 210 muka surat sahaja, tidak termasuk Dedikasi, Kata Pengantar Penerbit dan Prakata. Justeru pada hemat saya, para pembaca boleh habiskan hanya dalam beberapa jam sahaja. Saya mengambil masa selama tiga malam kerana membaca dalam sela-sela menulis sebuah mansukrip lain, urusan pentadbiran bisnes katering dan menelaah buku-buku lain.
Terima kasih dan tahniah khas untuk Puan Shakira bt. Khairudin kerana atas daya usahanya menjadikan kisah buku ini lebih baik daripada manuskrip asal yang dihantar. Terima kasih untuk Ketua Editor penerbit, Tuan Abdul Jalil Shukor, kerana memberi idea persembahan keseluruhan buku motivasi addin ini. Tahniah sekali lagi untuk juru rekaletak dan kulit Tuan Fadhlan Rahim kerana berjaya hasilkan rekaletak dan desain kulit yang menarik deria mata.
Insya-Allah, dalam membaca setiap bab buku ini, saya turut mengelamun beberapa saat di setiap akhir bab. Memang, demi Allah, hati saya meruntun, bahkan insaf di setiap kisah. Justeru tidak keterlaluan apa yang dicatat oleh penerbit di kulit hadapan: “42 Kisah Hijrah yang Meruntun Hati”.
Ia sebuah kesinambungan buku sebelumnya, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Oleh sebab itu, desain buku ini hampir sama dengan buku sebelumnya. Ia juga dalam kategori yang sama, yakni motivasi addin.

“Syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kami berjaya menerbitkan buku yang bertajuk Hijrah Champion Gaya Rasulullah. Apakah inti pati yang terkandung dalam buku ini? Ia mengajak kita agar:
1) Berhijrah daripada yang kurang baik ke arah yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.
2) Mencontohi sifat dan sikap seorang champion paling besar untuk dunia yang dititip dari langit, Nabi Muhammad dalam membentuk peribadi.
3) Hindari perkara atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Antara keistimewaan buku ini ialah:
i) Terdiri daripada kisah kehidupan sebenar (bukan rekaan semata-mata).
ii) Kisah hijrah digarap dengan diselangi bait firman Allah, sedutan hadis sahih dan puisi daripada penulis sendiri.”
Berpuluh
tahun dahulu, saya suka menulis puisi yang termuat dalam sebuah buku catatan.
Tetapi ia sudah lama hilang. Sejak menghadiri kelas penulisan puisi bersama
Puan Ainon Mohd., saya mula kembali menggarap rasa dan pemerhatian dalam bentuk
puisi.
Biasanya
buku puisi orang tidak berapa gemar membelinya. Justeru puisi-puisi dimasukkan
ke dalam tiga buah buku motivasi saya setakat ini. Terkini dalam buku Hijrah Champion Gaya Rasulullah ini.
Insya-Allah,
saya kira kandungan 42 bab kisah hijrah sememangnya perkisahan dan ceritera. Ia
bukan ayat-ayat naratif semata-mata, bahkan boleh juga dikategorikan sebagai
cerpen, catatan kontot dan gambaran monolog hati. Justeru boleh dikatakan
sebagai antologi cerpen.
Apabila membaca buku ini, saya berasa ingin hadiahkan kepada sanak saudara dan rakan-rakan terdekat. Namun apakan daya, keadaan saya yang masih kurang berupaya dalam beberapa segi kehidupan. Doakan saya, semoga satu hari nanti saya dapat hadiahkan buku ini kepada sahabat yang sudi menerimanya.

Semoga
bermanfaat untuk anak bangsa Malaysia, umat Melayu dan sahabat se-Islam. Tiada
daya upaya melainkan dari Allah belaka.
Judul:
Hijrah Champion Gaya Rasulullah
Penulis:
Web Sutera
ISBN:
978-967-0392-93-6 (kulit lembut)
Penerbit:
Must Read Sdn. Bhd. (Januari 2014)
Ketebalan dan harga: 210 muka surat dan RM19.90 (Sem. Malaysia) / 22.90 (Sabah & Sarawak)
Berkaitan: Hijrah Champion Gaya Rasulullah.

0 comments:
Post a Comment