Adakah kamu menganggap seseorang yang berumur 58 tahun
sebagai seorang yang sudah lanjut usia dan sebaik-baiknya dia bersara atau
lebih layak menghabiskan masanya di masjid atau surau?
Semoga dimudahkan Allah segala usaha kita. Amin ya Rabb.
** Insya-Allah, ikhlas dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, WEB SUTERA.
Sebelum kita menjawab ‘ya’ kepada soalan di atas, mari kita
berhenti sejenak dan meneliti kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad (SAW). Ya,
Nabi Muhammad (SAW), Baginda Rasul kita.
Strategi militer yang dilestarikan oleh Sultan Muhammad
Al-Fateh diambil ibrah dari sikap dan teladan Rasulullah SAW. Pada usia yang
dikatakan perlu bersara itu, Baginda Nabi tegar memerangi musuh di medan jihad.
Takut mati? Mati itu pasti. Tetapi daripada mati di atas katil, alangkah lebih
baik mati tatkala di medan juang.
Para Sahabat Rasulullah (SAW), termasuk Panglima Khalid bin Walid tidak
takut mati di medan juang. Ingat kisah panglima hebat itu? Beliau menangis
kerana tidak syahid di medan jihad, sedangkan itulah niat beliau pada setiap
kali turun. Namun Allah tidak izinkan, dengan hikmah tersendiri tentunya.
Medan juang dan jihad yang luas ini
adalah ibadah juga, bahkan menurut pandangan ulama, jihad itu menjadi wajib
dengan syarat-syarat tertentu. Ini juga hijrah secara besar, hijrah dari
pemikiran cukup makan kepada mahu terus menyumbangkan sesuatu kepada umat dan
agama yang dicintai.
Umur bersara yang dikatakan itu, ia
adalah budaya Barat yang tidak islamik. Ia budaya agar hanya bermain-main di usia
tua, hanya memintal kenangan menunggu mati. Begitu sahaja kita umat Islam?
Gaya Al-Fateh ialah berusaha dan
berjuang tanpa mengira usia. Ikut kudrat dan kebolehan masing-masing. Umur
hanyalah metafora.
@@@@@@@
Isnin lalu berkunjung ke ofis penerbit Must Read. Bertemu dengan Tuan
Roslan Isa dan
editor Tuan Haeqal
Zulqarnain.
Sembang saya dengan Tuan Roslan menjadi panjang, sementara Tuan Haeqal sabar
mengintai kami.
Tuan Roslan berkongsi beberapa strategi pemasaran dan jualan
buku-buku terbitan penerbit ini. Usai dengan beliau, saya berbincang dengan
editor mengenai manuskrip NAKHODA AGUNG. Banyak juga isu dan perkara. Bualan
dan sesi perbincangan mencari titik pertemuan. Insya-Allah, saya sentiasa
berlapang dada.
** Insya-Allah, ikhlas dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, WEB SUTERA.
1 comments:
Cikpuan Aziah, buku mana yang harus dikurangkan gambar penulis? Setahu saya tiada gambar penulis dalam kandungan buku, kecuali di bahagian biodata.
Buku Berfikir Gaya Al-Fateh belum terbit lagi.
Post a Comment