Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu-Akhbar! Terima kasih atas perkongsian rasa ini.

Abang Web Sutera, kagum boleh tulis buku (novel) sejarah hebat macam itu!” (Tuan Razif Radzi)


Setelah membaca, beliau menyatakan, “
Tuan, mahu menangis aku menghabiskan pengembaraanku bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga hijab itu. Aku mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, Tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah."

Lanjutan dari komen di atas, seorang pembaca lain menyatakan, “Setuju sangat dengan saudara Razif. Terungkai sudah hijab yang menyelubungi. Puas membaca setiap ayat-ayat dalam novel Encik Web Sutera ini. Menanti buah tangan yang seterusnya dari Encik Web Sutera.

Tuan Ewal Din pula berkata, “Web Sutera, tahniah di atas keberhasilan menerbitkan sebuah novel semi-fiksyen yang menarik dan memberikan suatu sudut pandangan ilmiah yang luar biasa nilainya.”

Tuan Inderaa Saifullah Al-Fath menulis dalam Facebooknya, “Mahu kongsi beritahu genre novel yang aku minat. Aku cadangkan kau beli Hijab Raja Zulqarnain. Best bagi aku, perang dia dan sejarah dia yang agak lain kita dengar. (Sebuah) karya Web Sutera.

Satu pertanyaan dari Tuan Diniel Qarim Sakk berkenaan novel Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain, “Buku Alexander adalah Zulqarnain saya sudah habis membacanya. Mahu bertanya, selain dari merujuk pada buku itu, apa rujukan lain yang Encik Web Sutera gunakan bagi merealisasikan buku (novel) ini?”

Sebaik sahaja saya menjawab pertanyaan itu, beliau berkata, “Okey, terima kasih. Semasa membaca pada bab permulaan, saya dapat rasakan kesungguhan penulis. Berharap selepas ini ada lagi buku / novel seperti ini diterbitkan.

Berkaitan: Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Testimoni Macedonia: Alexander Agung - Teruja, kagum, belas,
geram sepanjang tempoh pembacaan

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 mempesonakan
Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Terbongkar!

Beberapa testimoni bagi Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja
Zulqarnain
Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain


Info: Novel Macedonia: Alexander Agung dapat dibeli online di sini, insya-Allah.

Andai mahu membaca beberapa fragmen novel ini, sila klik di sini.

0 comments:


Photobucket
top