Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

13 Zulhijjah 1432H - Saya pernah menukilkan bahawa, "Terus terang saya katakan bahawa setakat ini hanya dua buah buku berbahasa Melayu yang sangat terkesan di hati. Buku ini membuatkan air mata saya bergenang. Memang hebat, insyaAllah." Klik di sini untuk mengetahui info lanjut.

Siri kedua novel perjuangan dan aksi yang penuh intrigue (komplot) berjudul Detik Debar ini bakal terbit tidak lama lagi. Saya harapkan semoga bisa sekali lagi mengalirkan air mata.


Sentuhan pena Tuan Eyman Hykal, insya-Allah, tidak pernah mengecewakan saya.


Sinopsis


Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang semakin parah, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez, menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan Islam di sebuah persidangan ekonomi Islam di Malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensional Amerika yang didalangi puak Zionis.


31 Ogos – Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah-tengah kemeriahan sambutan yang berwarna-warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez. Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan membunuh lelaki no. 1 Amerika itu. Perisik elitnya, Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlalu diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hidup atau mati.


Sila klik kaver untuk besarkannya.


P/s: Saya pula berdebar-debar menunggu reaksi ke atas novel semi-fantasi berjudul Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain yang kini dalam proses menyiapkannya. Kini berada di halaman ke-450, insya-Allah.

1 comments:

eyman hykal said...

Terima kasih, saudara jerana meuar-uarkannya. Saya berasa berdebar andainya DETIK DEBAR tidak memenuhi citarasa saudara.

Namun, saya percaya yang saya sudah push diri saya untuk menulis sesuatu yang lebih berani.

Mudah-mudahan DETIK DEBAR menyedarkan ketika kita dihiburkan dengan episod-episodnya.

Sekali lagi, terima kasih dari saya.


Photobucket
top