Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Ini entri pertama. Mahu cerita fasal apa? Okey, fasal pinggan mangkuk katering dan peralatan pemakanan lainnya atau istilah moden dipanggil kutleri. Buat permulaan bilangannya sedikit sahaja, maklumlah baharu mulakan bisnes.

Apabila menghidangkan makanan untuk sesi katering, saya menggunakan kutleri keluli tahan karat atau sudu dan garpu plastik, bergantung kepada jenis acara. Keluli tahan karat adalah mana-mana kutleri yang dibuat daripada keluli aloi dengan sekurang-kurangnya sepuluh peratus kromium. Kadang-kadang peralatan itu juga turut merangkumi kutleri yang mengandungi unsur-unsur lain yang tahan hakisan. Ia tidak berkarat apabila didedahkan kepada air dan udara lembap. Untuk pinggan, saya menggunakan pinggan, piring dan mangkuk melamine atau styroform.


Melamine adalah bahan asas organik berkristal putih, digunakan terutamanya dalam membuat resin melamine. Resin adalah kompaun likat yang boleh dimampatkan dengan rawatan khusus. Manakala polisterin (styroform) ialah bahan plastik lembut yang menghalang haba panas atau sejuk menembusinya.


Walau bagaimanapun, saya menggunakan set pinggan dan cawan kaca berat atau seramik untuk hidangan VIP.


Sebagai contoh, saya menggunakan pinggan styroform untuk sesi katering sarapan pagi di Commerce Dot Com Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan e-dagang bagi pihak Kerajaan Malaysia. Syarikat ini diberikan hak eksklusif untuk melaksanakan dan mengendalikan sistem perolehan elektronik kerajaan, ePerolehan.


Saya memenuhi pesanan dari Commerce Dot Com Sdn. Bhd., yang terletak di Jalan Tandang, Petaling Jaya, pada 26 April 2007 untuk 90 pax sarapan pagi. Untuk harga RM4.00/pax, menu adalah seperti berikut: bihun goreng Singapura, karipap kentang, kuih ketayap, donat, Nescafe dan teh tarik. Saya berada di sana sehingga awal petang.


Pengurus Bisnes, Tuan Hafidz Ahmad, berkata, “Makanan yang baik dengan perkhidmatan yang baik. Persediaan juga cemerlang. Kami bersedia menggunakan perkhidmatan katering tuan berulang kali lagi di lain ketika.”


Terima kasih banyak, Tuan Hafidz. Bisnes katering terus berjalan. Jangan undur, Hizam!


Oh ya! Saya sudah berhenti dari menjual nasi lemak dan lain-lain kuih-muih di tiga gerai pacak. Bisnes katering sudah berjalan sekarang. Alhamdulillah. Tentu kalian bertanya siapa klien pertama dan majlis apa, bukan?


Dengan bangganya saya nyatakan klien pertama ialah bekas majikan lama, MIMOS Berhad, bagi majlis perpisahan seorang staf pengurusan tertinggi syarikat penyelidikan milik kerajaan itu. Hidangan minum petang atau hi-tea untuk 80 pax disediakan.


** Ini kisah benar dinukilkan secara santai dan bersahaja. Tidak berat, namun ada nasihat dan tamsil ibarat, di mana perlu. Mungkin terdapat maklumat yang dikongsikan. Perkisahan seharian dairi Mat Katerer. Kalian jangan bimbang, ini bukan buku panduan bisnes katering, tetapi ceritera sebuah jurnal kehidupan. Bak kata seorang tukang rumah, "Terus terang ya Pak!"

0 comments:


Photobucket
top