Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

13 Ramadan 1432H - Rasulullah pertama sekali mengajar tauhid terhadap Allah. Kemudian baharulah ibadah. Itulah ayat-ayat cinta Allah yang diturunkan kepada Rasulullah dan manusia. Ibadah tanpa tauhid merupakan amalan yang sia-sia.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pernah berkata bahawa elok disebut bulan Ramadan daripada bulan puasa. Ini justeru Ramadan bukan setakat berpuasa semata-mata. Ianya bulan untuk menambahkah taqwa, semoga ia dapat diamalkan untuk 11 bulan lagi. Baca dan tadabur al-Quran. Menelaah isi al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya adalah antara makna Ramadan. Puasa akan menjadi sia-sia sekiranya kita tidak mendirikan ibadah wajib lainnya, seumpama menutup aurat.
-----------------------------------------------

Hamba Allah mesti dengar dan taat. Ibadah puasa, solat dan zakat adalah wajib. Arak, judi dan membuka aurat adalah haram. Tidak usah buat kajian dari sudut apa pun. Hukum hudud dan qisas, perintah Allah wajib ditunaikan. Masyarakat majmuk atau tidak. Tidak usah dikaji apa sebabnya. Itu perintah Allah. Manusia dan jin mesti dengar dan taat. Jangan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang mendengar dan membaca kitab Taurat dan Injil, namun tidak taat. Jangan halalkan apa yang diharamkan Allah dalam al-Quran. Dengar dan taat! Orang yang menolak al-Quran adalah hamba derhaka dan tiada otak!
---------------------------------------------------------

Khalifah Umar bin Khattab mengistiharkan perang terhadap semua bentuk pengganguran, kemalasan dan kelembapan. Beliau pernah menarik keluar para pemuda yang diam dalam masjid dan tidak melakukan sebarang kerja. Umar memukul mereka dan berkata, "Keluar kalian dan carilah rezeki. Langit tidak akan menurunkan emas dan perak."

Nabi Muhammad bin Abdullah berkata, "Sesungguhnya Nabi Allah Daud makan dan minum daripada hasil usahanya sendiri."

Dalam al-Quran Allah berkata, “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105
)
------------------------------------------------------

Pada suatu malam di Ramadan sebelum solat Isyak, setiausaha Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor, memberitahu beliau menerima satu mesej SMS. Ada jemaah masjid yang menegur sesi tazkirah yang melebihi masa 20 minit. Semasa sesi tazkirah sebaik usai solat sunat Tarawih empat rakaat, seorang ustaz yang sedang belajar di Yaman menegur akan perkara itu. Masa lebih 20 minit pun berkira sangat! Demi Allah, aku seakan tidak puas mencicip ilmu dalam taman-taman Syurga 20 minit tersebut. Moga si polan itu bermuhasabah.

Isi lain ialah dua golongan manusia yang tidak akan dapat mencium bau syurga, (1) Penguasa (cth. polis/FRU) yang memegang cemeti (belantan, kayu dan seumpamanya) yang berhasrat atau memang memukul orang dan (2) Perempuan yang berpakaian seumpama telanjang. Ini bukan kata ustaz itu atau aku. Ini adalah hadis Nabi Muhammad bin Abdullah.

Bau Syurga boleh dirasai deria dalam jarak 500 tahun perjalanan. Sejauh itu pun golongan Islam lain dapat menciumnya, kecuali dua golongan yang disebutkan oleh Rasulullah itu. Subhanallah!
-------------------------------------------------

Kenal sosok Abdul Rahman bin Auf? Beliau merupakan sahabat Rasulullah paling kaya. Kalau di era kita, beliau mungkin sekaya bilionir Donald Trump. Semasa kematiannya, Ali bin Abi Talib berkata kepada jenazahnya, "Kamu telah mendapatkan kasih sayang Allah dan kamu berjaya menundukkan kepalsuan dunia. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu. Amin!"

"... sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf, ayat 53)


Berkaitan:
Tazkirah Ramadan untuk aku dan engkau (1)

Tazkirah Ramadan untuk aku dan engkau (2): Syafaat daripada bacaan al-Quran

0 comments:


Photobucket
top