
Berani menanggung risiko, keazaman untuk berjaya, cara pelaksaanan yang berkesan adalah intipati kepada mereka yang mahu menceburi bidang katering. Jelas buku ini dapat memberi panduan serba sedikit tentang bidang saji menyaji ini.
Namun para pembaca harus sedar tiada yang mudah dalam segala bidang sekalipun. Maka anggaplah buku ini sebagai panduan, kemudian harus disertakan usaha yang bersungguh-sungguh.
Saya teringat sebuah novel yang sudah terlupa tajuknya, memetik ayat di dalam novel itu, `Perkara yang paling susah di dunia ini adalah untuk memulakan sesuatu`. Maka fikirkanlah.
Bagaimana atau sebanyak mana buku ini membantu anda akan menjadi pengusaha katering akan jadi tidak bermakna jika cef anda tidak pandai memasak " (Tuan Zonan Villa)
(2) Buku ini bukan sahaja untuk panduan mereka yang mahu mulakan bisnes katering tetapi ilmu yang dikongsi lebih menyeluruh tentang usaha dalam kehidupan. Lebih mudah untuk dicerna oleh minda. Bahasa yang mudah untuk difahami. Saya lebih tertarik dengan kotak nota yang disertakan. (Cikpuan Suhailah Onn, Cahaya Si Kunang-Kunang)
P/s: Buku ini boleh dibeli online di Bookcafe PTS pada harga diskaun 15%. Sila ke sini.
Berkaitan: Testimoni buku Buat Duit dengan Katering oleh Tuan MBA
Buku Buat Duit dengan Katering terlaris!
0 comments:
Post a Comment