Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

Serikan meja hidangan dengan pelbagai pilihan menu serta peralatan kutleri istimewa. Tradisi menyajikan nasi dan lauk yang membangkit selera serta dekorasi memikat bisa menambat hati sesiapa sahaja yang melirikkan matanya, sekali gus menambah keceriaan suasana.

Lusiana Catering berkongsi rasa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Dari melaksanakan tugas mengurus pengendalian penyediaan sajian acara sehinggalah kepada servis pramusaji di meja utama raja sehari, majlis tertentu dan keraian Hari Raya Aidilfitri, Lusiana Catering sedia berkhidmat mengikut selera dan bajet tuan dan puan.

Saya sertakan tiga halaman yang diambil dari majalah Seni Hias keluaran Ogos 2010. Halaman ini memuatkan beberapa resipi sajian Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri berserta foto-foto makanan berkaitan. Ianya sumbangan Cef Hana dari Lusiana Catering.


Senarai resipi ialah nasi beriani, rendang daging, ayam kampung goreng berempah, dalca sayur, acar buah berbijan dan filet ikan masam manis.


Sila klik gambar untuk dibesarkan dan kemudian cetak (jika mahu).
Semoga bermanfaat.

Photobucket

0 comments:


Photobucket
top