Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

4 Rabiulakhir 1432H - “Wahai bunga teratai! Mengapalah kamu berdua cantik berseri-seri di tengah kolam tanpa ada orang yang memetiknya? Aku suka melihat kamu yang sedang kembang mekar ini. Tidak jemu aku memandangnya.”

Teratai berdua berbisik-bisik. “Wahai Teratai Kecil, habislah kita kalau si pengail itu berjaya mengambilnya. Tentulah kita akan layu dan mati kekeringan,” kata Teratai Besar kerisauan.


“Ya tidak ya juga. Kalau manusia itu mengkhianti kita, menangis tidak berlagulah kita,” akui Teratai Kecil.


Si pengail berasa amat payah mengalihkan pandangannya dari arah dua kuntum teratai tersebut. Sesekali matanya teralih ke arah tali kalinya melihat kalau ada ikan yang termakan umpan. Lama juga dia memancing. Namun tidak beroleh seekor ikan pun. Lalu dia beredar dari situ. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada dua kuntum teratai yang sedang mekar di tengah kolam.


Kedua-dua teratai itu berasa lega disebabkan mereka tidak diganggu oleh si pemancing malang itu.

Baca lagi >>

0 comments:

top