Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Ekoran wujud perdebatan tentang kandungan buku Menuju PAS Baru tulisan AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof, badan bukan kerajaan, NGO Ilham Centre akan menganjurkan forum mendiskusikan buku tersebut.

Forum tersebut akan dibuat pada 16 Januari ini bermula jam 8.00 malam, bertempat di Auditorium Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisommudin Bakar memberitahu, penganjuran forum tersebut adalah sebahagian dari program Ilham Centre dalam usaha membentuk budaya politik baru.


"Kami nyatakan dan
tegaskan bahawa forum dan diskusi buku Menuju PAS Baru adalah salah satu daripada inisiatif dan di antara usaha proaktif kami bagi menjayakan hasrat murni ini.

"Ilham Centre hanya menyediakan ruang, pentas dan tidak lebih daripada sekadar berperanan sebagai media perantara kepada semua pihak untuk berdiskusi secara terbuka," katanya.


Penganjuran forum tersebut ujarnya, diadakan bertepatan dengan kelahiran buku tersebut yang hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Tambahnya, ianya juga telah mendapat persetujuan daripada penulisnya iaitu Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.


Selain Mujahid, forum tersebut akan menamp
ilkan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

"Sebagai makluman, Ilham Centre akan mengadakan siri forum sebanyak 3 kali di 3 zon berbeza iaitu utara, timur dan tengah bermula di Pulau Pinang pada 16 Januari akan datang disusuli pula di Terengganu atau Kelantan pada 13 Februari dan kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 12 Mac tahun ini," katanya.


-- Oleh Nazri Abdullah, Harakahdaily
.

Berkaitan:
Apa yang tidak kena dengan buku Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme?

BANGI, 13 Jan: Pemuda PAS Pusat berjaya mempertemukan kumpulan sasterawan, seniman dan budayawan bersama dengan wakil-wakil NGO India petang tadi bagi membincangkan berkaitan isu novel Interlok.

Perbincangan berlangsung dalam suasana yang sangat harmoni dan matang, tidak ada sebarang pergaduhan dan
pertelingkahan sepertimana yang berlaku di Klang sebelum ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang mempengerusikan perbincangan tersebut dalam kenyataan medianya merumuskan 3 perkara iaitu kedua-dua pihak sepakat menghormati karya seni hasil penulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.


Selain itu, kedua-dua pihak juga khuatir adanya perangkap politik oleh pihak yang sengaja membangkitkan isu sensitif tersebut. Sebarang aktiviti pembakaran juga adalah ditolak kerana ruang perbincangan sepatutnya diutamakan.


Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat diputuskan bersama dan perbincangan seterusnya akan diadakan pada 19 Januari, jam 2.30 petang bertempat di kompleks PKNS, di sini.


Menurut Dinsman yang mewakili kumpulan sasterawan, peristiwa hari ini merupakan suatu yang sangat berharga apabila dalam suasana politik yang sangat panas berkaitan isu Interlok dua kumpulan iaitu sasterawan dan kaum India dapat duduk bersama dan berbincang.


"Tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku, walaupun belum ada keputusan sebulat suara yang boleh diputuskan tapi dialog berlangsung dalam keadaan yang cukup baik. Pertemuan seterusnya, persefahaman akan lebih baik dan akan berjaya menghasilkan satu titik pertemuan," katanya.


Balasubaramaniam, Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula merasa sedih dan dukacita kerana ada pihak-pihak yang membakar novel tersebut. Pada pandangan beliau, perkara itu berlaku kerana pemimpin negara tidak cuba memikirkan suatu cara yang konkrit untuk menyelesaikan masalah itu.


"Saya sangat berterima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kerana melakukan perkara yang paling betul," kata beliau.
Katanya juga, sebenarnya orang-orang India boleh menerima novel dan penulis novel itu.

"Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah novel itu dijadikan buku teks di dalam sekolah menengah," tambahnya.


Perjumpaan tadi disertai oleh wakil-wakil dari Malaysian India Movement, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hindraf, Malaysia India Voice (MIV), Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) dan seniman-seniman dan budayawan-budayawan tanahair.
Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar turut hadir.

-- Oleh
Rusli Islam, Harakahdaily.

Berkaitan:
Dialog: Akan bergelorakah Interlok di Tenang?

0 comments:


Photobucket
top