
Kali pertama saya kena tipu ialah semasa ingin menubuhkan sebuah entiti bisnes yang berorientasikan pengambilan pekerja asing secara sah bagi bekerja di Malaysia. Sebagai permulaan, seorang Melayu yang manis bicara, santun lakunya, mensyaratkan sejumlah wang ringgit sebagai modal asas. Saya pun menyerahkan sejumlah wang tunai tersebut, walaupun tidak banyak tetapi cukup signifikan pada waktu itu, sebagai modal permulaan. Alih-alih wang dan rakan Melayu itu lesap!
Kes kedua, dalam bisnes katering yang sedang saya bangunkan ini. Saya acap kali mendapat pesanan katering dari rakan Melayu ini bagi majlis yang berlangsung di premis tempat dia bekerja. Wang modal habis, tetapi untung entah ke mana. Akhirnya jumlah hutang terkumpul yang sepatutnya dibayar kepada saya berjumlah lebih dari RM9,000! Rupanya mamat seorang ini songlap wang syarikat yang dibayar oleh klien. Syarikat tempat dia bekerja dan saya kena tipu. Wang hangus masuk perut sendiri!
0 comments:
Post a Comment