Blog ini membicarakan soal buku, bahasa dan dunia penerbitan secara khusus. Ini sebagai dedikasi kecintaan saya terhadap buku dan ilmu. Semoga bermanfaat untuk semua. Dalam masa yang sama ia juga merangkumi kembara kerjaya dan persoalan kehidupan.

9 Zulhijjah 1431H - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan sikap penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman yang bersungguh-sungguh ingin menayangkan filem “Anu Dalam Botol” yang berunsurkan tema gay atau homoseksualiti untuk tatapan masyarakat di negara ini.

Dalam kenyataannya, DPPP merujuk kepada berita yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan pada 11 November 2010. Berita tersebut menyatakan bahawa Raja Azmi dikatakan telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di negara ini selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran.


Kaji Semula Tayangan Filem " Anu Dalam Botol "


Sehubungan dengan itu, DPPP ingin meminta penjelasan daripada Raja Azmi apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan? Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini? Malah, DPPP juga hairan mengapa pihak beliau menamakan judul filem asal berkenaan adalah “Anu Dalam Botol”?

Pihak DPPP bukan bersifat taboo dalam membincangkan soal-soal seksualiti malah dalam Islam khususnya dalam perbahasan Fiqh (Hukum Hakam Islam) telah dibincangkan secara panjang dan mendalam isu-isu mengenai seksualiti tanpa rasa segan silu kerana ia demi kepentingan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Namun bagi perspektif perfileman, pihak kami berharap agar industri perfileman negara dapat memainkan peranan yang betul untuk membangunkan minda masyarakat dengan cara menerbitkan filem-filem yang berkualiti disamping menggunakan sistem teknologi yang canggih.


Persoalan asas di sini adalah apakah filem berkualiti yang ingin dipaparkan kepada masyarakat? DPPP berpandangan bahawa kualiti adalah berdasarkan kepada jalan cerita atau pengisian yang memberikan kesan besar dalam diri masyarakat supaya menjadi lebih baik dan mampu mengkoreksi peribadi individu dengan mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat.


Pihak DPPP berharap agar industri perfileman giat memproduksi filem-filem yang memberikan nilai-nilai positif selain menyentuh isu yang melibatkan kepentingan umum supaya ia dapat menjadi agen yang efektif untuk membantu negara dalam melahirkan rakyat yang tinggi nilai jatidirinya, kukuh pegangan agama dan prinsipnya, hidup dalam budaya ilmiah serta kuat sifat patriotiknya.


--- Kenyataan oleh Nasrudin bin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Berkaitan:
Jangan biarkan Malaysia menuju kehancuran akibat dambakan maksiat!
Mana saudara suka, Ketika Cinta Bertasbih atau Cinta Yang Satu?

0 comments:


Photobucket
top